awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa itu #sehatisejiwa?

Ayu Dewy Puspa
Ayu Dewy Puspa
26/08/2015
03:55 MYT
Apa itu #sehatisejiwa?
Penglibatan sukarelawan yang melebihi jangkaan menunjukkan integrasi dan perpaduan masih utuh dalam kalangan masyarakat. -Gambar fail
Aspirasi sehati sejiwa dijadikan tema sambutan kemerdekaan tahun ini bagi menzahirkan semangat nasionalisme, kecintaan dan kebersamaan rakyat dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata penglibatan sukarelawan yang melebihi jangkaan menunjukkan integrasi dan perpaduan masih utuh dalam kalangan masyarakat.
Menurut Ibrahim, penggunaan platform media sosial berjaya merapatkan jurang di antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, juga menyatupadukan hubungan semua rakyat tanpa mengira perbezaan kaum, bahasa mahupun agama.
Menurutnya lagi, jawatankuasa pelaksana Sambutan Bulan Kebangsaan turut menggunakan sepenuhnya platform media sosial, laman web 31ogos.my dan aplikasi iMalaysia yang menyediakan pelbagai maklumat mengenai sambutan Hari Kebangsaan kali ini.
Ekspresi menerusi hashtag #sehatisejiwa turut menunjukkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat yang lebih memahami Perlembagaan serta Rukun Negara yang merangkumi semua aspek iaitu saling menghormati dan meraikan kebersamaan.
Matlamat sehati sejiwa adalah mengenepikan perbezaan pandangan mahupun fahaman politik serta membentuk jati diri rakyat dalam meraikan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Ibrahim Abdul Rahman
#patriotik
#sambutan
#Sehati Sejiwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan