awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa makna Hari Wilayah Persekutuan jika hidup dihimpit kesusahan - Warga KL

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
31/01/2021
07:47 MYT
Apa makna Hari Wilayah Persekutuan jika hidup dihimpit kesusahan - Warga KL
Pada mereka, apalah makna untuk sambut Hari Wilayah Persekutuan, jika nasib hidup masih tidak berubah dan dihimpit kesusahan. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR:Penduduk di bandar sering dikaitkan dengan isu tekanan kos sara hidup.
Meskipun rata-rata mereka mempunyai pekerjaan, namun perkara itu tidak menjamin kualiti hidup khususnya mereka dalam kumpulan miskin bandar.
Tambahan pula, negara diserang pandemik COVID-19, bukan sahaja melumpuhkan sistem kesihatan, sekali gus menjejaskan ekonomi secara menyeluruh.
Tinjauan Astro AWANI di sekitar ibu negara sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang akan disambut esok mendapati, rata-rata warga kota menzahirkan rasa sedih dan tertekan susulan berada dalam keadaan sukar ketika ini.
Pada mereka, apa makna untuk sambut Hari Wilayah Persekutuan, jika nasib hidup masih tidak berubah dan dihimpit kesusahan.
Bagi seorang penduduk, Zulkefli Wahab, 45, memberitahu, keadaan ketika ini cukup membebankan dan memberi tekanan kepada ramai rakyat khususnya mereka yang hilang pekerjaan.
Zulkefli Wahab simpati pada mereka yang hilang pekerjaan.
Zulkefli Wahab simpati pada mereka yang hilang pekerjaan.
"Pandemik COVID-19 benar-benar terasa, bukan sahaja mereka yang hilang pekerjaan, malah mereka yang bekerja juga berdepan dengan kekurangan pendapatan bulanan.
"Sebelum ini kita ada rezeki untuk melakukan kerja-kerja lebih masa, tetapi dalam tempoh sekarang, peluang sedemikian tidak ada," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Hari Wilayah | Apa makna jika hidup dihimpit kesusahan
Turut meluahkan rasa sedih, seorang warga emas, Sal Che At, 62, berkata, golongan yang terjejas perlu dibantu kerajaan lebih-lebih lagi mereka yang kurang bernasib baik.
"Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan, banyak pihak terkesan terutamanya peniaga kecil yang hanya mengharapkan pendapatan harian untuk kais pagi makan pagi.
"Jika mereka tiada pendapatan pada hari tertentu, amat kesian untuk mereka sedangkan mereka juga ada keluarga, anak isteri yang perlu ditanggung," ujarnya.
[INFOGRAFIK] Realiti Wilayah Persekutuan
Sementara itu, pekerja swasta, Ahmad Syahiran Adib Rizduan, 24, menyeru agar kerajaan terus membela nasib kumpulan yang memerlukan.
"Saya tidak terkesan sangat, tetapi bagi mereka yang tidak bernasib baik, memang sangat terkesan terutamanya yang hilang punca pendapatan.
Ahmad Syahiran berharap kumpulan yang memerlukan mendapat pembelaan.
Ahmad Syahiran berharap kumpulan yang memerlukan mendapat pembelaan.
"Saya harap kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan mereka khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) terus dibela," katanya.
Bagi seorang lagi pekerja swasta, Yi Shean, 25, beliau menyifatkan mereka yang terjejas berdepan dengan situasi yang amat sukar.
"Saya boleh dikatakan tidak terjejas, tetapi orang lain masih ramai. Mereka sekarang berdepan dengan situasi yang amat sukar.
"Mereka sudah lalui perkara ini hampir setahun dan kerajaan perlu lakukan sesuatu untuk membantu mereka," katanya.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#perintah kawalan pergerakan
#warga emas
#peniaga
#keluarga
#COVID-19
#pandemik
#PKP
#rakyat
#ekonomi
#kerajaan
#kesihatan
#Hari Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan