Perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan pembangkang menggariskan bahawa Rang Undang Undang (RUU) Antilompat Parti perlu dibentang dan diluluskan di Parlimen dalam tempoh tidak lewat daripada mesyuarat pertama Parlimen iaitu sebelum atau pada 24 Mac ini.
Namun, hari ini merupakan hari terakhir Dewan Rakyat bersidang untuk sesi kali ini, dan RUU yang penting dan perlu didahulukan ini tidak dibentangkan sepertimana yang dijanjikan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Kabinet memutuskan bahawa RUU itu masih memerlukan penelitian lanjut.
Lantas ia membangkitkan kekecewaan kepada blok pembangkang khususnya, kerana perkara pokok yang diperjuangkan dalam kesepakatan untuk memeterai MoU itu dengan kerajaan adalah RUU itu untuk menjamin kestabilan politik negara.
Perjanjian yang dipersetujui sudah tidak ditepati, dan blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) memberi amaran terakhir untuk membatalkan MoU tersebut.
BACA: PM setuju sidang khas RUU Antilompat Parti pada 11 April - Wan Junaidi
Itu naratifnya setakat hari ini. Entah sampai bila ia akan ditunda dengan apa lagi alasan, kita tidak tahu.
Pokoknya RUU ini perlu segera diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) supaya cerita sama tidak berulang - dipilih rakyat, kemudian lompat parti, ganggu kestabilan pentadbiran, pilihan raya sekali lagi.
Di mata rakyat biasa, kita cuba nak memahami apa benar besar cabarannya untuk membentangkan RUU ini serta realiti dan natijahnya jika ia terus ditunda dan membawa kepada pembatalan MoU tersebut.
Perkara apa yang perlu diperhalusi dan diteliti lagi, mungkin makna ‘lompat parti’ itu yang masih belum jelas?
Sekiranya Pakatan Harapan tekad membatalkan MoU itu, adakah kerajaan boleh bergerak bersama untuk memastikan kelancaran pentadbiran negara?
Itu antara persoalan-persoalan yang cuba kita cari jawapannya di pentas Dialog Tiga Penjuru malam ini, bersama tiga panel iaitu Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook.
Saksikannya pada 8.30 malam ini di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.
Israr Khalid
Thu Mar 24 2022

Datuk Seri Azalina Othman Said, Fahmi Fadzil dan Anthony Loke di meja Dialog Tiga Penjuru malam ini.

Kejohanan Wimbledon: Djokovic lepasi ujian getir Van Ritjhoven untuk ke suku akhir
Juara bertahan itu tewas dalam set kedua sebelum menang 6-2, 4-6, 6-1, 6-2 dalam perlawanan pusingan keempat.

Lima negara bincang isu jerebu rentas sempadan
Mesyuarat itu melibatkan menteri-menteri Alam Sekitar dari lima negara di selatan rantau ASEAN.

'Minyak subsidi banyak dijual di Selatan Thailand'
Di Narathiwat, Sungai Golok, Weng, Sungai Padi tiada pembelian dihadkan untuk minyak masak peket satu kilogram.

F1: Halo selamatkan nyawa saya, kata Zhou Guanyu selepas kemalangan ngeri
Bendera merah dikibarkan selepas jentera pemandu Mercedes, George Russell, dilanggar oleh Pierre Gasly.

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkanTimbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mempunyai gangguan psikologi. Ini gara-gara dakwaan Nur Jazlan terhadap menteri dari Pas yang gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Pendapatan | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

'Jangan samakan isu vape dengan rokok' - Move
Move bertegas, isu melibatkan rokok elektronik atau vape tidak boleh sama sekali disamakan dengan rokok yang disifatkan lebih berbahaya untuk kesihatan.

Vape perlu dimasukkan dalam pelaksanaan Generasi Penamat
Vape dicadang agar turut dimasukkan ke dalam pelaksanaan Generasi Penamat yang dicadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia selain rokok.

Generasi Penamat Rokok: Rugi atau untung buat negara? Ikuti perbincangan Dialog Tiga Penjuru malam ini
Apakah pelaksanaan "Generasi Penamat" akan mendatangkan kerugian atau sebenarnya keuntungan kepada negara?

GST1.0: Harga naik kerana peniaga lambat terima bayaran balik - Industries Unite
Peniaga terpaksa menanggung kos kerugian yang tidak sepatutnya berlaku jika pembayaran semula dibuat dengan cekap.

Kerajaan berdepan perang psikologi dengan rakyat untuk laksanakan semula GST - CAPS
Rakyat sudah punyai persepsi negatif terhadap GST apabila pelaksanaannya dahulu tidak memperbaiki mutu ekonomi seperti yang dicanangkan.

Jika telus agih hasil, rakyat akan terima baik pelaksanaan semula GST - Penganalisis Ekonomi
Biarpun kutipan tahunan mencecah berpuluh bilion ringgit, rakyat tidak benar-benar merasakan manfaat daripada pelaksanaan GST yang lalu.

Krisis bekalan makanan: Ketahui lima cabaran besar penternak ayam hari ini
Cabaran-cabaran tersebut menyebabkan berlaku kekurangan bekalan dan kenaikan harga ayam di pasaran ketika ini.

Etnik Rohingya hanya perlu peluang pendidikan untuk bangun komuniti
Bukan hak kerakyatan serta hak kebebasan lain yang dipinta, tetapi hanya cukup diberi peluang untuk menimba ilmu untuk bangunkan komuniti.

Xenofobia: Adakah Malaysia tidak terkecuali? Ikuti perbincangan Dialog Tiga Penjuru malam ini
Mampukah Malaysia menjadi model keamanan sejagat khasnya dalam menangani isu kemanusiaan Xenopobia dan Islamofobia yang semakin membarah?

Kekang Islamofobia, tingkat usaha promosi Perbincangan Sivil di Malaysia
Malaysia perlu meningkatkan usaha mempromosi Perbincangan Sivil atau 'civil discourse' bagi mencari persefahaman mengenai isu kaum dan agama termasuk Islamofobia.