awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Gaza terus bermandi darah ketika Israel serang Iran, angka korban kini hampir 56,000
DUNIA
Parlimen Iran akan luluskan rang undang-undang gantung kerjasama dengan IAEA
MALAYSIA
Kemalangan pesawat TUDM: CN-235 alami masalah 'nose landing gear'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

APAD gantung lesen syarikat bas ekspres tular dipandu bahaya

Bernama
Bernama
23/06/2025
08:20 MYT
APAD gantung lesen syarikat bas ekspres tular dipandu bahaya
Siasatan mendapati syarikat gagal mematuhi beberapa peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, termasuk aspek keselamatan penumpang dan tingkah laku pemandu.
KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menggantung Lesen Pengendali Kenderaan Perkhidmatan Awam milik Star Mart Ekspress Sdn Bhd selama 30 hari bermula 3 Julai ini susulan video tular pemanduan berbahaya pemandu bas ekspres syarikat itu pada 12 Jun lepas.

Ringkasan AI
  • APAD menggantung Lesen Pengendali Star Mart Ekspress selama 30 hari bermula 3 Julai 2025 dan membatalkan permit bas ALA 6666 berkuat kuasa 7 Ogos 2025 susulan insiden pemanduan berbahaya yang tular pada 12 Jun.
  • Siasatan mendapati syarikat gagal mematuhi beberapa peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, termasuk aspek keselamatan penumpang dan tingkah laku pemandu semasa operasi.
  • APAD menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pengendali yang melanggar undang-undang, dan orang awam digalakkan melaporkan salah laku melalui talian aduan rasmi Kementerian Pengangkutan.

Menurut kenyataan APAD, permit kenderaan bas ekspres dengan nombor pendaftaran ALA 6666 itu juga dibatalkan berkuat kuasa 7 Ogos 2025.
Tindakan itu dilakukan selepas hasil siasatan mendapati syarikat Star Mart Ekspress Sdn Bhd gagal mematuhi Seksyen 22(1)(b)(iii), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) berhubung kelakuan pemandu dan konduktor kenderaan perkhidmatan awam.
"Kesalahan lain termasuk melibatkan Seksyen 23(1)(b), iaitu kegagalan pengendali berlesen dan pekerjanya memberikan keutamaan tertinggi kepada keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya.
"Selain itu melibatkan Perkara 7, Syarat Am Keperluan Tahap Perkhidmatan (KTP), iaitu pengendali berlesen bertanggungjawab memastikan pekerja dan pemandu menjaga tingkah laku semasa beroperasi," menurut kenyataan itu.
Sepanjang tempoh penggantungan itu, pihak pengendali tidak dibenarkan mengendalikan atau menyediakan sebarang perkhidmatan menggunakan mana-mana kenderaan di bawah Lesen Pengendali berkenaan.
Seksyen 27 Akta 715 memperuntukkan tindakan penggantungan atau pembatalan lesen sekiranya berlaku pelanggaran terhadap mana-mana syarat Lesen Pengendali.
"Sebarang transaksi berkaitan lesen berkenaan tidak akan dipertimbangkan selagi tempoh penggantungan masih berkuat kuasa. Penamatan penggantungan hanya akan dilakukan selepas pengesahan bertulis diperoleh daripada APAD," menurut kenyataan itu.
APAD tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat atau pemegang lesen yang melanggar peraturan atau undang-undang.
Laporan berkaitan sebarang salah laku atau pelanggaran undang-undang oleh individu atau pemegang lesen perkhidmatan pengangkutan awam boleh disalurkan melalui talian aduan Kementerian Pengangkutan: 1-800-88-7723 atau menerusi WhatsApp: +6019-290 7723.
Pada 12 Jun lepas, tular di media sosial mengenai pemanduan seorang pemandu bas ekspres yang dikatakan memandu secara berbahaya dan laju di lorong sebelah kanan sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#pemandu bas
#Star Mart Ekspress
#APAD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami