Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bertanya apakah ada kajian terperinci dibuat sebelum Tenaga Nasional Berhad mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang dilihat akan menambah beban kepada rakyat.
Katanya, kenaikan tarif elektrik itu tidak hanya melibatkan bil elektrik di rumah sahaja sebaliknya akan memberikan kesan ke atas harga barang serta tambang pengangkutan awam.
"Jika ini berlaku, beban kumpulan berpendapatan sederhana akan terus bertambah," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Kepala Batas itu menarik perhatian kepada tiga komponen perbelanjaan tertinggi keluarga di negara ini iaitu makanan dan minuman, perumahan, air, elektrik, gas dan bahanapi serta pengangkutan yang merangkumi hampir 70 peratus daripada perbelanjaan isi rumah.
"Jika berlaku ‘chain effect’ dek kerana kenaikan tarif elektrik, kesannya pasti melebihi apa yang dijangkakan oleh TNB," katanya.
Reezal juga mencadangkan kepada TNB supaya menawarkan skim khusus kepada kumpulan berpendapatan sederhana bagi mengurangkan beban kesan daripada kenaikan tarif elektrik itu.
Beliau mengambil contoh amalan di Australia yang memberi sedikit diskaun kepada pengguna yang membayar bil elektrik bulanan mereka awal.
Jelas beliau, kaedah itu boleh dilakukan dengan mudah kerana pengguna hari ini menggunakan sistem e-perbankan untuk membayar bil mereka.
Reezal juga berharap TNB lebih bersungguh dalam memberi penjelasan mengenai kenaikan tarif elektrik itu bagi "menangani kemarahan rakyat yang semakin meningkat pada ketika ini."
"Hati rakyat semakin terluka apabila pengumuman keuntungan dibuat tanpa mengambil sensitiviti masyarakat awam yang semakin terhimpit kesan kenaikan kos," katanya.
Ini sehubungan pengumuman yang dibuat di Parlimen oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengenai subsidi elektrik dan gas yang akan disemak semula.
Menurut Ongkili lagi kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/kwj, berkuat kuasa 1 Jan 2014.
Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen.
Astro Awani
Wed Dec 04 2013
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aspirasi golongan muda jadi teras Kerajaan corak pembangunan negara - PM
Pandangan dan aspirasi golongan belia kekal menjadi keutamaan kerajaan dalam mencorak pembangunan negara.
2014: Politik dijangka lebih sederhana berbanding sebelum PRU13
Cabaran utama 2014 dilihat lebih kepada ketidaktentuan ekonomi baik diperingkat dalaman mahupun diperingkat global.
Apakah ada kajian dilakukan sebelum tarif elektrik dinaikkan? - Reezal Merican
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bertanya apakah ada kajian terperinci dibuat sebelum TNB mengumumkan kenaikan tarif elektrik.
Pak Lah yakin BN kekal pertahan Kepala Batas
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas.