Apandi Ali tiba di pejabat Peguam Negara pasca pilihan raya

Dania Zainuddin
Mei 14, 2018 01:06 MYT
Mohamed Apandi dilihat tiba di pejabat Peguam Negara jam 8.30 pagi ini. - Astro AWANI
Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membuat kemunculan di bangunan pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di sini, hari ini, kira-kira jam 8:30 pagi.
Ia menimbulkan persoalan tentang status jawatannya selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan pada Sabtu, Malaysia tidak mempunyai peguam negara buat masa ini.

TS Apandi Ali tiba di lobi khas Jabatan Peguam Negara jam 8:30 pagi!@501Awani pic.twitter.com/LTJD9y6YCG

— Dania Zainuddin AWANI (@Dania_Zainuddin) May 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Dr Mahathir telah meletakkan sekatan tertentu ke atas beberapa orang yang mungkin terlibat dalam salah laku, khususnya berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, mereka termasuk Mohamed Apandi yang akan disiasat kerana mungkin membuat keputusan yang salah semasa berada dalam kerajaan sebelum ini.
"Buat masa ini, kita tak ada peguam negara. Kira sedang menimbang beberapa nama tetapi kita perlu mengkaji kesesuaian calon-calon itu," kata Dr Mahathir ketika itu.
Dr Mahathir juga telah mengarahkan pihak polis untuk mendeklasifikasikan laporan audit 1MDB daripada Akta Rahsia Rasmi 1972.
Bagaimanapun, ketika dihubungi Bernama pada Sabtu, Mohamed Apandi enggan mengulas kenyataan Dr Mahathir itu, menyatakan: "Adalah lebih baik saya tidak komen. Terima kasih."
#1MDB #Akta Rahsia Rasmi 1972 #audit #Mahathir Mohamad #Mohamad Apandi Ali #Peguam Negara