awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APEC 2018: Perdana Menteri tiba di Papua New Guinea

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
16/11/2018
14:25 MYT
APEC 2018: Perdana Menteri tiba di Papua New Guinea
Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Papua New Guinea (PNG) sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Ke-26.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Papua New Guinea (PNG) sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Ke-26 yang bermula esok.
Beliau yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jackson di sini pukul 9.20 malam waktu tempatan.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Papua New Guinea, Charles Abel; Menteri Luar, Rimbink Pato dan Menteri APEC, Powes Parkop.
Mewakili Kerajaan Malaysia pula adalah Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Papua New Guinea, Mohamad Nasri Abdul Rahman.
Pada sidang kemuncak dua hari yang bermula pada Sabtu, Perdana Menteri bakal menggariskan komitmen dan kedudukan Malaysia dalam bekerjasama dengan ekonomi lain di rantau Asia Pasifik untuk mencapai Matlamat Bogor 2020 dan selepasnya.
Dr Mahathir pada masa sama juga dijangka menekankan harapan Malaysia berhubung APEC untuk membina komuniti Asia Pasifik ke arah mencapai pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang adil melalui kerjasama perdagangan dan ekonomi.
Beberapa pertemuan dan mesyuarat dua hala peringkat tertinggi juga bakal berlangsung pada sidang kemuncak kali ini.
Topic Berkaitan
#APEC
#Charles Abel
#Papua New Guinea
#Perdana Menteri
#Powes Parkop
#Rimbink Pato
#Saifuddin Abduulah
#Siti Hasmah Mohd Ali
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan