awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APEC 2019 batal: Sekretariat hormati keputusan Chile

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
30/10/2019
20:25 MYT
APEC 2019 batal: Sekretariat hormati keputusan Chile
Rebecca turut berterima kasih kepada Chile yang secara berterusan tanpa jemu menggalakkan pembangunan inklusif sepanjang kepengerusiannya. - Foto Facebook APECnews
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menghormati keputusan tuan rumah Sidang Kemuncak APEC 2019, Chile, yang membatalkan penganjurannya.
Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC, Tan Sri Rebecca Fatima Sta Maria berkata, keselamatan dan kebajikan rakyat Chile serta anggota APEC menjadi keutamaan paling penting pada ketika ini.
“Presiden Sebastian Pinera, Pengerusi APEC Chile 2019, mengumumkan pertemuan Pemimpin APEC tidak akan diadakan di Chile tahun ini.
“Keselamatan dan kebajikan rakyat Chile serta anggota APEC menjadi keutamaan paling penting.
“Sekretariat APEC menghormati keputusan Chile membatalkan penganjuran pertemuan Pemimpin APEC,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: APEC 2019 dibatalkan, protes seluruh Chile memuncak
Beliau pada masa sama berterima kasih kepada Chile yang secara berterusan tanpa jemu menggalakkan pembangunan inklusif sepanjang kepengerusiannya.
“Ia termasuk mengutamakan pengukuhan ekonomi wanita dan perniagaan kecil.
“Kesemua anggota APEC akan terus memperjuangkan agenda ini dalam memastikan semua komuniti Asia Pasifik menikmati manfaat pembangunan dan integrasi ekonomi,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi APEC 2020.
Terdahulu pada awal pagi Rabu waktu tempatan, pembatalan Sidang Kemuncak APEC Ke-27 yang dijadual berlangsung di Santiago, Chile, dimaklumkan dalam satu pengumuman khas di Pinera.
Acara itu sepatutnya diadakan pada 16 dan 17 Nov, 2019.
Pengumuman itu dibuat dalam ketegangan krisis politik dan protes besar-besaran yang berlaku di beberapa bandar raya utama negara itu.
Topic Berkaitan
#APEC
#APEC 2019 batal
#Asia Pasifik
#Chile
#Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
#Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC
#Rebecca Fatima Sta Maria
#Santiago
#Sebastian Pinera
#Sidang Kemuncak APEC 2019
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan