awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APEC 2024: Eduardo kini pengganti Tan Sri Rebecca

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
15/11/2024
21:20 MYT
APEC 2024: Eduardo kini pengganti Tan Sri Rebecca
Rebecca (kiri) bersalaman dengan Eduardo Pedrosa semasa Mesyuarat Menteri APEC di Lima, Peru, 14 Nov 2024. - Foto Sekretariat APEC
LIMA (Peru): Eduardo Pedrosa kini menggantikan Tan Sri Dr Rebecca Sta Maria sebagai Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC bermula 1 Januari 2025.
Rebecca yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, telah berkhidmat di sekretariat yang berpangkalan di Singapura itu sejak enam tahun lalu.
Menerusi satu kenyataan APEC berkata, Pedrosa, dari Filipina, mempunyai pengalaman luas melibatkan pihak berkepentingan dalam organisasi antarabangsa.
Sebelum pelantikannya, beliau merupakan Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Ekonomi Pasifik (PECC), yang memberikan nasihat dasar berdasarkan input daripada para peserta.
“Antara peranan paling penting Pengarah Eksekutif ialah memimpin dengan jelas, memperkasakan sekretariat untuk mencerminkan visi APEC mengenai ‘komuniti Asia Pasifik yang terbuka, dinamik, berdaya tahan dan aman menjelang 2040, demi kesejahteraan rakyat dan generasi masa depan’,” kata Duta Besar Carlos Vasquez selaku Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan APEC 2024.
Beliau berkata keutamaan APEC pada tahun ini ialah membantu sektor tidak formal beralih kepada ekonomi formal dan global.
Menurut Vasquez, isu-isu yang ditangani APEC telah menjadi lebih luas, meliputi perdagangan yang mampan dan inklusif, dengan tumpuan termasuk kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta wanita.
“Penggunaan teknologi digital yang pesat juga mempunyai cabaran dan peluang,” katanya, sambil menambah ini memerlukan input daripada semua elemen masyarakat.
Vasquez turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Rebecca Sta Maria atas perkhidmatan beliau yang cemerlang, menjadi antara tonggak APEC sejak enam tahun lepas.
APEC merupakan forum antara kerajaan bagi 21 ekonomi anggota di Lingkaran Pasifik yang menggalakkan perdagangan bebas di seluruh rantau Asia Pasifik.
Ia mewakili hampir 40 peratus daripada populasi dunia, hampir separuh daripada perdagangan global dan lebih 60 peratus daripada ekonomi global.
Malaysia adalah antara 12 anggota pengasas APEC.
Topic Berkaitan
#Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC
#Rebecca Sta Maria
#APEC
#Eduardo Pedrosa
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan