MALAYSIA
APEC 2025: Anwar berlepas pulang selepas hadiri AELM di Gyeongju
Perdana Menteri berlepas pulang selepas menamatkan lawatan kerja ke Korea Selatan dan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat AELM hari ini.
GYEONGJU : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas pulang ke tanah air hari ini selepas menamatkan lawatan kerja ke Korea Selatan, ketika beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Jumaat lepas.
Ringkasan AI
Pesawat membawa Anwar berlepas dari Pangkalan Udara Gimhae di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan pada 3.08 petang waktu tempatan (2.08 petang waktu Malaysia).
Duta Malaysia ke Korea Selatan Datuk Mohd Zamruni Khalid dan Komander Sayap Udara Ke-5 Tentera Udara Korea Selatan Brigedier Jeneral Kang Geun Shin hadir di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas pulang ke Malaysia selepas menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC di Korea Selatan.
- Pesawat Anwar berlepas dari Pangkalan Udara Gimhae, Busan pada 3.08 petang waktu tempatan (2.08 petang waktu Malaysia).
- Duta Malaysia ke Korea Selatan dan pegawai tentera udara Korea hadir mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri.