MALAYSIA
  
            APEC 2025: Kerjasama strategik Malaysia-AS adalah berprinsip - Anwar
Anwar ketika berjabat tangan bersama Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent di luar Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM). - Foto PMO
            
      GYEONGJU: Kerjasama strategik antara Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) adalah berlandaskan prinsip keterbukaan, keadilan dan saling menghormati, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Perkara itu antara yang dinyatakan Anwar semasa mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent di luar Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) di sini pada Jumaat.
“Tumpuan turut diberikan kepada usaha memperkukuh pertalian ekonomi dua hala, termasuk komitmen bersama antara Perbendaharaan AS dan Bank Negara Malaysia dalam memastikan dasar pertukaran mata wang yang berdaya tahan, kestabilan pasaran kewangan, serta tadbir urus yang telus dan berintegriti,” katanya menerusi kenyataan ringkas kepada media Malaysia di sini.
Menurut Perdana Menteri, perbincangan itu turut menyentuh kerjasama dalam memperkukuh sistem kewangan yang mampan dan terbuka, selaras dengan aspirasi APEC untuk pertumbuhan inklusif dan berdaya tahan.
Bessent turut menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas layanan mesra yang diberikan kepada Presiden AS, Donald Trump dan delegasinya semasa lawatan rasmi ke Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Saya sekali lagi menyampaikan ucapan terima kasih kepada Presiden Trump atas kunjungan beliau yang mencerminkan iltizam tinggi kepimpinan AS dalam memperkukuh hubungan dua hala yang konstruktif, saling menghormati dan membawa manfaat bersama,” kata Perdana Menteri.
Beliau turut menghargai peranan AS dalam memperluas jaringan pelaburan, perdagangan dan keamanan global berasaskan prinsip dialog, keadilan dan saling memahami.
               
  Ringkasan AI
- Malaysia-AS teguh pada prinsip keterbukaan, keadilan dan saling menghormati, kata PM Anwar semasa pertemuan AELM.
- Fokus kepada pengukuhan ekonomi dua hala, termasuk dasar mata wang yang kukuh dan tadbir urus telus.
- AS dihargai atas lawatan Presiden Trump dan peranan dalam pelaburan serta keamanan global.