Aplikasi dan permainan telefon pintar, iMalaysia dilancar sempena Merdeka

Kohilah Sekaran
Ogos 27, 2015 03:15 MYT
Aplikasi dan permainan telefon pintar, iMalaysia telah dilancarkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)sempena sambutan Hari Kebangsaan. -Foto: Google App
Aplikasi dan permainan telefon pintar, iMalaysia telah dilancarkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada Selasa lalu sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.
Aplikasi tersebut dicipta untuk menyemarakkan semangat patriotisme sempena Hari Kebangsaan.
Selain itu, ia juga berfungsi sebagai pangkalan maklumat serta saluran utama mengenai perkara berkaitan sambutan Hari Kebangsaan bermula 2015.
Difahamkan, aplikasi iMalaysia tersebut turut membolehkan pengguna berkongsi cerita tentang semangat patriotisme, mencari maklumat terkini mengenai acara-acara rasmi dan menerima senarai promosi berkaitan kemerdekaan.
Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menghantar ucapan khas melalui medium berkenaan.
Aplikasi kedua yang dipanggil iMalaysia Game pula merupakan sebuah aplikasi permainan yang berkonsep permainan larian yang berlatarkan sejarah negara.

Highlights from the launch - Thank you Datuk Seri @sallehsaid & Dato' @YasminMDeC for launching the #iMalaysia apps! pic.twitter.com/GciXFOnfn4

— MSC Malaysia (@mscmalaysia) August 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

At MDEC ' S launch of the iMalaysia app. The students are busy playing with the app. #mdec #iMalaysia #sehatisejiwa pic.twitter.com/LtiTVIUw7h

— Gopi Ganesalingam (@GopiAtMDeC) August 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDeC Datuk Yasmin Mahmood, bakat ICT perlu dipupuk di kalangan belia bagi memartabatkan negara ke tahap yang lebih tinggi.
“Aplikasi mudah alih adalah bukti bahawa pemaju aplikasi Malaysia memiliki apa yang diperlukan untuk membangunkan aplikasi mudah alih berdaya maju secara komersial.
"Ia adalah penting bagi kita untuk menyediakan ekosistem kondusif dan memupuk bakat ICT yang akan memartabatkan negara kita ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

#iMalaysia! How about you? #SehatiSejiwa > http://t.co/wICrvVEXH7 pic.twitter.com/Uzcz8obuC5

— Muhammad Hafiz (@muhammadhaf1z) August 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedua-dua aplikasi tersebut boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play dan Apple App Store.
#aplikasi #iMalaysia #KKMM #Merdeka