GADGETS
Aplikasi Instagram untuk iPad sedang dibangunkan
Instagram sedang membangunkan aplikasi khusus untuk iPad, tetapi tarikh pelancaran masih belum diketahui. -Amanz
INSTAGRAM dilancarkan untuk iOS pada tahun 2010 sebelum akhirnya tiba ke Android pada tahun 2012.
Ringkasan AI
- Instagram sedang membangunkan aplikasi khusus untuk iPad, tetapi tarikh pelancaran masih belum diketahui.
- Adam Mosseri sebelum ini menyatakan kurangnya permintaan daripada pengguna sebagai sebab aplikasi iPad tidak diberikan kepentingan.
- Walaupun sudah dibangunkan, pengguna disarankan untuk tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana aplikasi WhatsApp untuk iPad juga belum menjadi realiti.
Tetapi sehingga sekarang, aplikasi khusus untuk iPad masih belum wujud walaupun tablet ini juga sudah wujud sejak 2010.
Penantian 15 tahun untuk aplikasi iPad mungkin akan berakhir dengan ia kini sedang dibangunkan menurut laporan The Information1.
Masih belum diketahui bilakah aplikasi untuk iPad akan dilancarkan.
Sebelum ini, Adam Mosseri berkata kurangnya permintaan daripada pengguna membuatkan keperluan membangunkan aplikasi untuk iPad tidak diberikan kepentingan.
Ini adalah agak aneh kerana Instagram untuk peranti skrin lipat Android telah pun ditawarkan sejak 2023. Secara teorinya, antara muka yang sama boleh digunakan semula pada iPad.
Walaupun sudah dibangunkan, kami sarankan jangan letakkan harapan yang tinggi. Ura-ura aplikasi WhatsApp untuk iPad sudah kami laporkan sejak 2017 tetapi sehingga kini masih belum menjadi realiti. -Amanz