[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
GADGETS

Aplikasi Microsoft 365 Copilot AI akan dipasang pada semua PC pelanggan Microsoft 365

Amanz 18/09/2025 | 07:00 MYT
Microsoft akan mula memperkenalkan ciri AI Microsoft 365 Copilot secara berperingkat mulai Oktober, kecuali di negara Kesatuan Eropah. -Amanz
BAGAIKAN ciri-ciri AI sedia ada pada sistem operasi Windows 11 tidak mencukupi, Microsoft baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan mengemas kini perisian Microsoft 365 dengan fungsi kecerdasan buatan Microsoft 365 Copilot AI, khususnya jika anda juga seorang pelanggan perkhidmatan produktiviti Microsoft 365 yang mengandungi perisian seperti Microsoft Word, Powerpoint, Excel dan sebagainya.


Ringkasan AI
  • Microsoft akan mula memperkenalkan ciri AI Microsoft 365 Copilot secara berperingkat mulai Oktober, kecuali di negara Kesatuan Eropah.
  • Ciri ini akan dipasang secara automatik pada semua komputer pengguna menjelang akhir November, tanpa pilihan untuk menolak pemasangan.
  • Pengguna akaun syarikat mungkin tidak menerima kemas kini ini jika pentadbir IT memilih untuk menyekat pemasangan ciri tersebut.


Menurut beberapa laporan, ciri ini akan diperkenalkan secara berperingkat bermula Oktober untuk semua pengguna, kecuali mereka yang menetap di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA).

Perkhidmatan AI ini, yang dikatakan akan membantu memudahkan penggunaan perisian-perisian produktiviti mereka sedia ada akan dipasang pada semua komputer pengguna menjelang penghujung bulan November ini.

Pengguna juga tidak akan diberi pilihan untuk tidak memasang ciri ini, dan ini adalah mungkin sebab mengapa ciri ini tidak akan ditawarkan untuk mereka yang menetap di negara-negara Kesatuan Eropah.

Satu lagi golongan yang berkemungkinan tidak akan menerima kemas kini ini ialah mereka yang menggunakan perisian Microsoft 365 melalui akaun syarikat, di mana pentadbir IT boleh menetapkan sekiranya mereka mahu fungsi tersebut dalam komputer riba pekerja syarikat. -Amanz








#Copilot #Microsoft 365 #kecerdasan buatan #Kesatuan Eropah