KUALA LUMPUR: Stesen televisyen satelit negara, Astro hari ini memperkenalkan aplikasi My Astro yang diperbaharui dengan penampilan lebih segar dan ciri-ciri terkini untuk pelanggan.

Aplikasi telefon bimbit percuma ini direka khas bagi memudahkan penggunaannya dan membantu semua pelanggan menguruskan akaun Astro mereka.

Menurut Astro, para pelanggan boleh memuat turun aplikasi My Astro di IOS, Android dan Huawei mulai hari ini dan menikmati wajah baharu dan pengalaman pengguna yang telah dipertingkatkan.




My Astro | Aplikasi My Astro berwajah baru kandungan terkini
 
Astro berkata, antara ciri yang disediakan adalah kemudahan pembayaran bil dan pengurusan akaun yang memaparkan penyata baki serta bil tertunggak.

Tidak ketinggalan, pelanggan-pelanggan juga membuat pembelian dan sewa kandungan Astro Best dan Astro First dengan mudah.

Selain itu, perkhidmatan menghubungi ejen Astro secara langsung juga disediakan serta maklumat terkini mengenai produk dan ganjaran eksklusif.