GADGETS
Aplikasi TikTok Pro diperkenal untuk Eropah – Tanpa iklan, siaran langsung, ciri edagang
TikTok melancarkan aplikasi TikTok Pro di Eropah dengan kandungan asas tetapi tanpa ciri siaran langsung, TikTok Shop, dan iklan.
TIKTOK hadir dengan aplikasi khusus untuk para pengguna di Eropah, dinamakan TikTok Pro.
Ringkasan AI
Melalui aplikasi ini, ia menawarkan pelbagai kandungan sedia ada seperti pada penawaran TikTok asal, tetapi dengan mengurangkan beberapa ciri-ciri yang mungkin dianggap mengganggu oleh sesetengah pengguna.
Antara ciri yang tidak disertakan termasuk tiada penyertaan kandungan siaran langsung, atau ciri TikTok Shop.
Aplikasi ini juga tidak menyertakan sebarang iklan.
Langkah penawaran ini dilihat selari dengan pelbagai perundangan di Eropah yang perlu dipatuh oleh penyedia platform, atau mungkin menghadapi kesukaran untuk beroperasi di sana.
Sebelum ini, Meta turut menghadapi masalah untuk paparan pengiklanan di rantau tersebut, dan memberikan pilihan pelan langganan bulanan untuk penggunaan bebas iklan bagi produk seperti Facebook dan Instagram.
Buat masa ini, pihak TikTok masih sedang menguji TikTok Pro ini secara terhad, dan ditawarkan di Jerman dan Portugal sahaja buat masa ini, melalui Apple App Store sahaja. -Amanz
Ringkasan AI
- TikTok melancarkan aplikasi TikTok Pro di Eropah dengan kandungan asas tetapi tanpa ciri siaran langsung, TikTok Shop, dan iklan.
- Langkah ini sejajar dengan keperluan perundangan Eropah yang ketat terhadap platform digital.
- TikTok Pro kini diuji secara terhad di Jerman dan Portugal melalui Apple App Store sahaja.