MALAYSIA
Aplikasi TuJu bantu pengguna rancang perjalanan lebih efisien
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kerjasama Prosignal Consortium Sdn Bhd memperkenalkan aplikasi lebuh raya pintar, Navigasi Lebuh Raya (Highway Navigation) TuJu. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dengan kerjasama Prosignal Consortium Sdn Bhd memperkenalkan Aplikasi Navigasi Lebuh Raya TuJu sebagai penyampai maklumat dan membantu pengguna merancang perjalanan dengan efisien serta selamat.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata aplikasi itu dilengkapi pelbagai navigasi pintar termasuk Navigasi Tepat iaitu menyediakan maklumat laluan, jarak perjalanan dengan anggaran masa ketibaan (ETA) masa nyata.
"TuJu dibangunkan untuk memudahkan perancangan perjalanan, menjadi platform bantuan kecemasan yang pantas serta meningkatkan kecekapan operasi konsesi lebuh raya.
Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Sazali Harun, Pengerusi Prosignal Consortium Sdn Bhd Datuk Abdul Rashid Asari.
Beliau berkata aplikasi yang boleh dimuat naik di Google Play Store dan Apple App Store itu turut menjadi subsektor aplikasi lebuh raya bertol dalam Aplikasi MyJalan, memaparkan integrasi digital kerajaan bagi kemudahan rakyat.
Nanta berkata TuJu turut diintegrasikan dengan MyJalan bagi membolehkan pertukaran maklumat dan aduan secara terus, sekali gus membentuk rangka kerja lebuh raya pintar yang lebih responsif.
"Integrasi ini membolehkan analitik data masa nyata dilaksanakan, membantu pihak pengurusan mengenal pasti corak trafik, lokasi berisiko serta merangka langkah mitigasi dengan lebih tepat dan cepat," katanya.
Beliau berkata dalam jangka masa panjang, usaha itu menyokong pembangunan hab mobiliti pintar negara selaras dengan Pelan Hala Tuju ITS 2030, sekali gus memperkukuh aspirasi Malaysia ke arah negara berteknologi tinggi dan berdaya saing.
Nanta berkata inisiatif TuJu membuktikan komitmen kerajaan dan industri dalam memastikan lebuh raya tempatan terus selesa, selamat dan seiring transformasi digital global.
-- BERNAMA

#aplikasi TuJu
#Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM
#Aplikasi Navigasi Lebuh Raya
#Alexander Nanta Linggi