Penggunaan aplikasi Uber dan pesaingnya Careem dilihat dapat menjadi pemacu kepada wawasan negara Arab Saudi dalam melibatkan lebih 1.3 juta kaum wanita ke dalam pasaran tenaga kerja pada tahun 2030.

Di negara di mana wanita dilarang memandu kenderaan, penggunaan aplikasi ride-hailing ini tambah memudahkan kaum wanita berulang-alik ke tempat kerja dengan syarat kenderaan itu dipandu oleh kaum lelaki.

Jika di negara lain, perkhidmatan ini mendapat tentangan daripada pemain industri teksi tradisional, namun Arab Saudi sebaliknya menawarkan pelaburan dalam perkhidmatan Uber dan Careem bagi memacu reformasi ekonomi negara itu dalam Wawasan 2030.

Disebabkan bajet yang semakin mengecil akibat penurunan harga minyak, perancangan Arab Saudi adalah terarah kepada menarik golongan pekerja daripada hanya tertumpu kepada pekerjaan di dalam sektor kerajaan dengan mencipta 450,000 jawatan di sektor swasta menjelang 2020.

Pihak Uber dan Careem berkata mereka dapat membuka sehingga 200,000 peluang pekerjaan untuk lelaki Arab dalam tempoh dua tahun akan datang.

Dengan menawarkan kaum wanita kemudahan untuk ke tempat kerja, ia dapat membantu mencapai matlamat wawasan untuk meningkatkan kadar tenaga kerja wanita kepada lima peratus dalam tempoh lima tahun akan datang kepada 28 peratus.

Dana kekayaan negara Arab telah melabur $3.5 bilion untuk Uber pada Jun 2016, manakala Saudi Telecom Co mengumumkan pada 18 Disember yang ia membeli 10 peratus saham Careem pada nilai $100 juta.