DREBAR

Aplikasi untuk melaporkan kerosakan infra

Astro Publication 02/12/2014 | 18:28 MYT

Mengikut laporan daripada Astro Awani, Kementerian Kerja Raya (KKR) akan membangunkan sebuah aplikasi telefon pintar yang membolehkan orang awam untuk memberi maklumat keadaan jalan dan infrastruktur lain kepada kementerian itu.

Mengikut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, aplikasi itu dapat digunakan untuk menghantar gambar-gambar menunjukkan kerosakan jalan raya ataupun infrastruktur lain yang rosak kepada kementerian untuk tindakan lanjut.

Namun begitu, pihak mereka hanya bertanggungjawab kepada jalan-jalan persekutuan dan lebuhraya, manakala jalan negeri termasuk jalan kampung adalah di bawah jagaan kerajaan negeri.

Beliau turut menambah bahawa kemudahan media sosial memberi peluang agar kementerian dapat menyampaikan maklumat serta berinteraksi dengan masyarakat.
# # infrastruktur #kementerian