DREBAR
Aplikasi ‘Volvo On Call’ hubungkan pemandu kepada kereta

Volvo bakal melancarkan versi terbaharu applikasi pintar rekaan mereka yang dikenali sebagai Volvo On Call. Versi terbaharu ini memperlihatkan peningkatan fungsi yang mampu dikawal oleh jam tangan pintar seperti Apple Watch dan Android Wear. Ini membolehkan seseorang pemandu kereta Volvo yang mempunyai applikasi Volvo On Call ini mengawal tetapan kereta, mengunci dan membuka pengunci kereta, mencari kereta ditempat letak kereta yang penuh dan pelbagai lagi ciri-ciri yang berguna.
“Applikasi Volvo On Call ini membolehkan anda mengawal tetapan kereta yang biasa anda gunakan seperti kawalan pemanas kereta apabila suhu diluar kereta menjadi dingin atau menyejukkan kabin kereta apabila suhu diluar menjadi semakin panas, memeriksa baki bahan api di dalam tangki, memeriksa jumlah jarak perjalanan, masa untuk penyelenggaraan yang seterusnya dan ianya turut mampu mencari kereta anda apabila ianya diletakkan ditempat letak kereta yang sesak” kata David Holecek, Pengarah Bahagian Perhubungan Produk di Volvo Cars.
Applikasi pintar rekaan Volvo ini turut boleh dimuat turun kepada peranti seperti iPad, applikasi pintar Windows yang mampu dikawal oleh kawalan suara melalui applikasi pintar Cortana.
Versi terbaharu Volvo On Call ini (yang bakal keluar bulan ini) akan juga meningkatkan fungsi navigasi melalui ciri ‘send-to-car’.
Selain daripada fungsi-fungsi terbaharu, applikasi ini turut memperlihatkan rekaan antara muka yang mesra pemandu di dalam model terbaharu Volvo XC90.
Volvo On Call pertama kali dilancarkan pada tahun 2001 dan ia adalah sistem telematic kereta pertama yang dicipta di dunia. Ia menambah ciri keselamatan kepada pemandu dan penumpang jika kenderaan terlibat di dalam kemalangan, dicuri atau mengalami kerosakan. Pada waktu ini sistem akan secara automatik menghubungi operator Volvo On Call menerusi kad SIM yang terpasang di dalam kenderaan.
Seterusnya hantuan akan dihantar jika perlu setelah kedudukan anda ditentukan menggunakan teknologi GPS.

Kebelakangan ini, kepentingan applikasi pintar dan jaringan geografi yang meluas telah memperlihatkan ciri-ciri seperti kawalan kunci kereta, indikasi baki bahan api dan fungsi carian kereta menjadi lebih penting kepada pemandu.
“Dalam beberapa tahun ini, kami telah bertukar daripada hanya menumpukan kepada ciri-ciri berteraskan kereta kepada membekalkan sokongan bagi memenuhi kehendak harian pemandu,” kata Sofia Wessman, pengurus Volvo On Call di Volvo Cars.