KUALA LUMPUR: Setelah hampir dua tahun menghadapi kemelut pandemik COVID-19, pemulihan negara dari segi ekonomi mahupun kesihatan semakin hampir dengan adanya solusi menyeluruh yang bakal mengembalikan sinar baharu kepada pelbagai industri secara khusus serta masyarakat amnya.
Sempena Hari Malaysia, Skymind Holdings Berhad (Skymind) memperkenalkan inovasi terkini kepada rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan normal dengan penuh yakin sekali gus menjana semula ekonomi negara.
Dibangunkan oleh Skymind bersama anak syarikatnya, Axial Health yang berpangkalan di Oxford, United Kingdom, Vpass merupakan penyelesaian kesihatan digital yang berteraskan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang diharap mampu mempercepatkan lagi proses pemulihan sektor perusahaan dan perniagaan.
Vpass adalah platform kesihatan digital yang membolehkan majikan memantau prestasi kesihatan kakitangan, hanya pada RM4.90 sehari. Melalui Vpass, seseorang boleh melakukan ujian pengesanan COVID-19 dengan lebih kerap (tiap selang sehari) dan ini sekali gus mewujudkan zon bebas COVID-19.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shawn Tan, inisiatif itu mampu membolehkan para majikan memantau prestasi kesihatan kakitangan, membolehkan perniagaan kembali beroperasi dan menjamin keselamatan pekerja dan orang ramai.
"Ujian kendiri pantas ini dapat membuka peluang untuk perniagaan agar para pekerja mempunyai pendapatan stabil dan dapat menyara keluarga dengan selesa.
"Pada masa sama, pekerja juga dapat melindungi diri daripada dijangkiti virus ini dan menyebarkan wabak COVID-19 kepada ahli keluarga," katanya ketika ditemui di Hotel W pada Selasa.
Manakala, menurut Profesor Mikrobiologi Penyakit Berjangkit Antarabangsa, Mark O'Brien, yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Perubatan dan Saintifik Axial Health, melakukan ujian kendiri menerusi Vpass dengan kerap atau setiap hari, dapat menjamin keselamatan persekitaran tempat kerja serta membantu memutuskan rangkaian jangkitan di kalangan kakitangan syarikat.
Ujar Mark lagi, Vpass bukan hanya kit ujian kendiri namun ianya adalah penyelesaian total yang melangkaui pengesanan jangkitan COVID-19.
Dengan hanya melalui satu aplikasi, Vpass memaparkan status COVID-19 serta menunjukkan pas hijau bagi hari pertama dan hari kedua, pas biru sebaik keputusan ujian negatif diperoleh, di samping memberikan panduan aktiviti berisiko supaya setiap pekerja dalam sesuatu sektor dapat berjaga-jaga dan mengekalkan prosedur operasi standard (SOP).
“Sekiranya keputusan positif dikesan, kakitangan akan diarahkan untuk kuarantin dan menjalani rawatan.
"Dengan ini majikan boleh merancang operasi disamping mengambil langkah sanitasi dan lain-lain yang sesuai berikutan setiap pekerja kerap melakukan ujian kendiri berbanding perlu menjalani saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) yang lebih mahal dari segi kos,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Perubatan AxialHealth Sdn Bhd, Mejar Jeneral (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin, menekankan bahawa pandemik COVID-19 menuntut sistem ujian baharu yang lebih efektif.
"Ujian sederhana, tepat, dan efektif dari segi kos diperlukan untuk sekolah, rumah sakit, kilang, lapangan terbang, dan tempat ibadah. Pada waktu mencabar ini, sangat mustahak bagi orang ramai mempunyai akses ke ujian pantas yang dapat disahkan kesahihannya di mana saja dan pada bila-bila masa.
"Memiliki akses ke teknologi yang disempurnakan AI memungkinkan kita untuk mengesan jangkitan dengan lebih cepat dan tepat, yang memungkinkan kita untuk mengatasi kes lebih cepat. Dengan berada di zon bebas COVID-19, ia akan memberi inspirasi kepada pekerja untuk menjalankan tugas dengan selamat dan yakin, sehingga dapat meningkatkan pertumbuhan dan dinamisme ekonomi,” katanya.
Selain itu, pelanggan turut akan mempunyai tahap keselesaan yang lebih tinggi terhadap sesebuah perniagaan apabila yakin bahawa premis perniagaan bebas dari COVID-19.
Axial V200 COVID-19 Intellitest ™ (Covid-19 Saliva Antigen Rapid Test Kit), yang dibangunkan di United Kingdom (UK) dan dikilangkan di Malaysia, telah menerima CE Conformity Marking yang mengiktiraf produk tersebut mematuhi kriteria asas Kesatuan Eropah dari segi keselamatan, persekitaran, dan kesihatan pengguna.
Pengiktirafan itu membolehkan AxialHealth memasarkan produk V200 ke Eropah, di mana produk ini sedang diguna pakai di beberapa negara di benua tersebut.
Selain Eropah, AxialHealth juga dalam proses mendapatkan kelulusan dari beberapa negara lain termasuk Malaysia.
Pada masa sama, Axial Health mempunyai perancangan untuk menurunkan harga Vpass serendah RM2.00 pada akhir tahun ini.
Orang ramai yang berminat untuk melanggan Vpass boleh melayari www.vpass.my bermula pada 16 September ini.
Selepas mengaktifkan aplikasi Vpass, pengguna layak mendapat perlindungan insurans bernilai RM120,000.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Eton Khir
Thu Sep 16 2021
SHAWN TAN: Inisiatif itu mampu membolehkan para majikan memantau prestasi kesihatan kakitangan sekali gus membolehkan perniagaan kembali beroperasi dan menjamin keselamatan pekerja dan orang ramai.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.