GADGETS
Aplikasi Xbox PC kini sokong pustaka permainan pelbagai platform
Microsoft kemas kini aplikasi Xbox di PC untuk menyenaraikan permainan dari Steam, Epic Games Store dan Battle.net dalam satu tempat. -Amanz
JIKA anda seorang gamer PC yang tegar, salah satu isu yang pastinya membelenggu ialah keperluan memuat turun dan mendaftar akaun pelbagai gedung pembelian permainan digital yang ada sekarang, termasuklah Steam, Epic Games Store, dan lain-lain.
Ringkasan AI
Terkini, Microsoft telah mengemas kini aplikasi Xbox untuk membolehkannya menyenaraikan pelbagai permainan yang sudah pun anda miliki daripada platform-platform pembelian lain juga, termasuklah Battle.net, Steam dan juga Epic Games Store.
Setelah anda mengemas kini aplikasi Xbox pada PC anda, dan anda sudah log masuk ke dalam akaun-akaun Steam, Epic dan Battle.net, permainan-permainan yang sudah pun dipasang pada komputer anda akan tersenarai di tab My Library dengan serta-merta.
Anda akan perlu memastikan bahawa anda sudah pun melog masuk ke dalam akaun-akaun Steam, Epic dan Battle.net terlebih dahulu sebelum permainan-permainan tersenarai.
Untuk tujuan pengesahan DRM, akaun-akaun ini juga akan perlu aktif di latar belakang sebelum ia boleh dimainkan.
Anda boleh mengemas kini aplikasi Xbox anda hari ini untuk menggunakan ciri ini. -Amanz
Ringkasan AI
- Microsoft kemas kini aplikasi Xbox di PC untuk menyenaraikan permainan dari Steam, Epic Games Store dan Battle.net dalam satu tempat.
- Permainan yang telah dipasang akan muncul di tab My Library selepas pengguna log masuk ke akaun masing-masing.
- Akaun platform perlu aktif di latar belakang untuk pengesahan DRM sebelum permainan boleh dimainkan.