Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

APM giat latihan persediaan hadapi bencana

Bernama 23/07/2022 | 09:06 MYT
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sentiasa menggerakkan latihan sebagai langkah bagi memastikan anggotanya terus bersedia untuk berdepan sebarang risiko bencana. - Foto Facebook/APM
KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sentiasa menggerakkan latihan sebagai langkah bagi memastikan anggotanya terus bersedia untuk berdepan sebarang risiko bencana.

Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed berkata latihan-latihan yang dilakukan adalah penting apatah lagi tatkala negara sedang berhadapan dengan situasi cuaca yang tidak menentu ketika ini.

"Biasanya seperti tahun-tahun sebelum ini, sekarang sudah masuk musim panas, tapi nampaknya (tahun ini) masih lagi kita tak dapat jangkakan. Sebab itu APM terus melatih dan menggalakkan anggota-anggota untuk sentiasa terus berlatih.

"Orang awam juga boleh untuk bersama-sama menyertai latihan-latihan yang disediakan," katanya ketika ditemui pada Program Larian Dekad Platinum APM di sini hari ini.

Larian yang dianjurkan sempena ulangtahun ke-70 APM itu disertai seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada anggota-anggota, ahli bersekutu dan sukarelawan agensi tersebut.

-- BERNAMA
#APM #Angkatan Pertahanan Awam Malaysia #latihan persediaan #bencana #Aminurrahim Mohamed #cuaca