awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gaza perlu bantuan kemanusiaan diperluas, bukan sekatan tambahan - UNRWA
Pegawai, anggota AKPS perlu kekalkan tahap integriti, elak salah guna kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APM guna dron untuk nilai risiko banjir secara masa nyata

Bernama
Bernama
28/11/2025
05:45 MYT
APM guna dron untuk nilai risiko banjir secara masa nyata
Teknologi dron membantu dalam operasi banjir kerana ia mampu memberikan gambaran udara masa nyata sekali gus mempercepat keputusan taktikal di lapangan. - Gambar/ APM Perak
TUMPAT: Dron kini menjadi tulang belakang kepada kesiapsiagaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mendepani Monsun Timur Laut (MTL) apabila ia dijadikan alat utama memetakan kawasan berisiko banjir serta membantu operasi respons lebih tepat dan pantas di seluruh negara.
Ketua Pesuruhjaya APM Mohammad Abiddin Abd Rahman berkata teknologi dron membantu dalam operasi banjir kerana ia mampu memberikan gambaran udara masa nyata sekali gus mempercepat keputusan taktikal di lapangan.
"Dengan dron, kita boleh menilai keluasan banjir, mengenal pasti laluan masuk selamat dan menentukan lokasi penduduk yang mungkin terperangkap... maklumat ini membolehkan operasi digerakkan dengan lebih efektif dan tersusun," katanya kepada Bernama baru-baru ini selepas menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada ketua isi rumah di Kampung Bendang Pak Yong di sini.
Beliau berkata APM kini memiliki 23 dron di seluruh negara yang sebelum ini digunakan dalam pelbagai operasi termasuk pemantauan banjir dan misi mencari dan menyelamat.
Mengulas mengenai kesiapsiagaan keseluruhan menjelang MTL, Mohammad Abiddin berkata APM memiliki 15,392 anggota terdiri daripada pegawai tetap, sukarelawan serta elemen pasukan tambahan melibatkan profesional awam dan swasta yang berdaftar sebagai Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu.
Beliau berkata keseluruhan pasukan ini boleh digerakkan pada bila-bila masa untuk memastikan operasi bantuan dan penyelamatan dapat dijalankan dengan kerjasama agensi lain.
"APM sentiasa memperkukuh koordinasi antara agensi sebagai sebahagian elemen kesiapsiagaan musim tengkujuh," katanya.
Mohammad Abiddin juga berkata hujan di hampir seluruh negara sejak awal monsun menuntut operasi itu berada dalam keadaan siap siaga pada setiap masa.
"Latihan, program kesiapsiagaan serta atur gerak pasukan di semua negeri telah dilakukan... kita bersedia membantu negeri yang terjejas sepanjang tempoh MTL ini," katanya.
Beliau berkata APM akan terus meningkatkan integrasi teknologi termasuk penggunaan dron bagi memastikan bantuan kepada rakyat dapat disampaikan dengan lebih cepat dan berkesan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APM
#banjir 2025
#APM guna dron
#Mohammad Abiddin Abd Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan