KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memohon agar kerajaan mempertimbangkan penambahan 1,501 jawatan kontrak di seluruh negara bagi melengkapkan keperluan penugasan agensi berkenaan.
Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed berkata ketika ini, APM mempunyai kekuatan kira-kira 10,500 anggota termasuk sukarelawan.
Beliau berkata penambahan itu perlu dibuat kerana rakyat Malaysia memiliki pengetahuan yang luas dan berjiwa besar untuk menjadi anggota APM.
"APM memiliki seksyen yang membenarkan bantuan pegawai-pegawai APM seperti pegawai kehormat, bersekutu dan sukarelawan membantu operasi menyelamat," katanya kepada Bernama pada Majlis Perpaduan Sambutan Tahun Baharu Cina Dekad Platinum APM 2023 di Ibu Pejabat APM Kuala Lumpur di sini, malam tadi.
Sementara itu, beliau berkata APM telah menyerahkan laporan penuh penugasan pegawai dan anggota dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali pada 16 Dis tahun lepas.
Aminurrahim berkata laporan berkenaan merangkumi nisbah atur gerak komponen APM sewaktu insiden itu untuk semakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata ketika insiden tanah runtuh itu, APM mengatur gerak anggota penyelamat mengikut nisbah keanggotaan yang terkandung dalam Dokumen Dekad Platinum Pertahanan Awam (DPPA) 2022-2032.
Menurutnya, nisbah itu melibatkan seorang pegawai tetap, dua pegawai bersekutu dan 60 komuniti.
"Semakan itu akan menentukan kos pengoperasian yang dapat dijimatkan kerajaan berbanding mengerahkan pegawai dan anggota berjawatan tetap," katanya.
DPPA 2022-2032 yang dilancarkan pada 12 Okt tahun lepas, mampu memacu hala tuju APM dalam tempoh 10 tahun akan datang. DPPA diperkenalkan bertujuan memperkukuh lagi perkhidmatan APM.
Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi, 16 Dis di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya itu menyaksikan 31 nyawa terkorban dan 61 selamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023

APM mempunyai kekuatan kira-kira 10,500 anggota termasuk sukarelawan ketika ini. - Gambar fail

Kira-kira 5,000 pekerja sektor awam sertai mogok
Ribuan pekerja sektor awam termasuk kakitangan hospital menyertai mogok di Brandenburg Gate pada Sabtu bagi mendesak kenaikan gaji.

Kamala tiba di Ghana, mulakan lawatan seminggu di Afrika
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris tiba di Accra, Ghana pada Ahad sekali gus memulakan lawatan seminggunya ke benua Afrika yang pastinya akan menarik perhatian umum memandangkan beliau naib presiden wanita kulit hitam pertama Amerika Syarikat melawat benua itu.

Do Kwon ditahan selepas enam bulan larikan diri
Pengasas syarikat mata wang kripto, Terraform Labs iaitu Do Kwon akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa Montenegro pada Sabtu selepas notis merah dikeluarkan oleh Interpol pada Oktober tahun lalu.

Tiada pakatan ketenteran antara Rusia dan China
Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan tiada sebarang pakatan ketenteraan antara Rusia dan China.

Pelakon Jonathan Majors ditahan atas dakwaan serangan
Bintang filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Jonathan Majors ditahan polis pada Selasa atas dakwaan keganasan rumah tangga. Dia ditahan di bandar New York kerana didakwa menyerang seorang wanita berusia 30 tahun di sebuah kejiranan di Chelsea, Manhattan

Pelajar 14 tahun muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda di Kelantan
Seorang pelajar berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda setakat ini di Kelantan. Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustaman, atau lebih dikenali sebagai Piya, membayar zakat perniagaan sebanyak RM10 ribu bagi tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Khamis lepas.

Bekalan ayam mencukupi hingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara dijangka mencukupi sehingga Hari Raya Aidilfitri berdasarkan data diperoleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Kanak-kanak lelaki cedera di kepala tersepit lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini. Kejadian berlaku di sebuah lif pangsapuri Blok C PPR Hicom Jalan Bukit Belimbing Seksyen 26 Shah Alam pada jam 7.30 petang tadi.

MOFA teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Kementerian Luar sedang meneliti cadangan membuka semula beberapa Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara bergolak sebelum ini akibat perang yang berlaku.Menurut Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, satu pasukan telah diwujudkan bagi meneliti semua aspek keperluan pembukaan semula kedutaan itu sebelum keputusan dibuat.

PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

APM mohon kerajaan pertimbang 1,501 jawatan kontrak
Penambahan perlu dibuat kerana rakyat Malaysia memiliki pengetahuan yang luas dan berjiwa besar untuk menjadi anggota APM.

Penstrukturan semula Jabatan Imigresen, wujud jawatan baharu buka laluan kerjaya
Jabatan Imigresen akan melaksanakan penstrukturan semula dalam kadar segera dengan mewujudkan perjawatan baharu yang tidak akan memberikan implikasi kewangan kepada kerajaan.

40,729 jawatan diluluskan tahun ini - KPPA
Semua kementerian, jabatan dan agensi hendaklah mengikut kelayakan dan peraturan sedia ada bagi pengisian jawatan yang diluluskan.

COVID: KKM dapat lebih 10,000 perjawatan baharu menerusi dasar 'trade off'
Kementerian Kesihatan (KKM) mendapat kelulusan bagi sejumlah 10,675 perjawatan baharu secara berfasa menerusi 'trade-off'.