awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APM pertimbang tubuh Majlis Pegawai Kehormat dan Bersekutu

Bernama
Bernama
24/10/2021
10:57 MYT
APM pertimbang tubuh Majlis Pegawai Kehormat dan Bersekutu
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid diiringi Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Roslan Wahab (kanan) pada majlis Penutup Seminar Pegawai Kehormat dan Bersekutu APM Malaysia Kali ke-2. - Foto BERNAMA
MELAKA: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia akan menimbangkan cadangan menubuhkan Majlis Pegawai Kehormat dan Bersekutu, kata Ketua Pesuruhajaya APM Datuk Roslan Wahab.
Beliau berkata penubuhan majlis itu dilihat bakal menjadi platform terbaik bagi mengumpul idea, pengalaman, kepakaran dan pengetahuan daripada golongan profesional untuk memantapkan peranan agensi itu dalam membantu masyarakat menghadapi bencana.
''Kita boleh salurkan sebarang pandangan ke majlis ini dan dibawa kepada pihak pengurusan, boleh ketengahkan kepada menteri. Semuanya akan lebih sistematik dan baik,'' katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Penutup Seminar Pegawai Kehormat dan Bersekutu APM di sini hari ini.
Ditanya mengenai jumlah permohonan sebagai pegawai kehormat dan bersekutu ketika ini, Roslan berkata APM banyak menerimanya daripada mereka yang berminat dalam memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada masyarakat terutama ketika bencana berlaku.
''Bagaimanapun, kita terpaksa juga menapis sebab perlu memilih mereka yang betul-betul boleh terlibat dan menyumbang.
"Setakat ini, kita ada empat kategori lantikan bersekutu iaitu golongan korporat, akademik, pegawai kerajaan dan siasah manakala menteri, ketua menteri atau ketua pegawai eksekutif bagi kategori lantikan kehormat,'' katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkatan pertahanan awam
#APM
#Majlis Pegawai Kehormat dan Bersekutu
#Roslan Wahab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan