NATIONAL
APM tangkap lebih 3,000 ular di Kelantan

Kebanyakan ular yang ditangkap ialah spesies berbisa seperti tedung dan tedung senduk, serta ular sawa. - Gambar fail
KOTA BHARU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berdepan peningkatan ketara kes penemuan ular sejak bermulanya musim panas dan kering, dengan purata 30 kes direkodkan setiap hari.
Ringkasan AI
- APM Kelantan merekodkan purata 30 kes penemuan ular setiap hari sejak musim panas bermula, dengan 3,625 kes dicatatkan dari Januari hingga April 2025, tertinggi di Kota Bharu, Bachok dan Pasir Mas.
- Kebanyakan ular yang ditangkap ialah spesies berbisa seperti tedung dan tedung senduk, serta ular sawa; APM menjangkakan peningkatan kes akan berterusan sepanjang Mei.
- Orang ramai dinasihatkan menjaga kebersihan kawasan rumah dan mengenal pasti jenis ular sebagai langkah pencegahan, selain APM turut menerima aduan melibatkan tebuan dan biawak.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 867 kes direkodkan pada Januari, 937 kes (Februari), 970 kes (Mac) dan 851 kes (April).
"Kami juga menjangkakan trend peningkatan akan berterusan sepanjang Mei dan jumlah kes meningkat berbanding tahun lepas yang mencatatkan keseluruhan 11,260 kes sepanjang tahun," katanya.
Beliau berkata APM telah menempatkan dua pasukan khas di Kota Bharu yang melibatkan lebih 10 anggota bagi memberi respons segera terhadap aduan yang diterima.
Mohd Adzhar berkata kebanyakan ular yang ditangkap ialah spesies ular tedung, tedung senduk dan ular sawa.
"Oleh itu, APM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan kawasan kediaman mereka dalam keadaan bersih dan tersusun selain mengubah kedudukan barang bagi mengurangkan risiko kehadiran ular.
"Pada musim panas ular biasanya akan mencari tempat bersembunyi yang lebih sejuk, termasuk di dalam rumah," katanya.
Adzhar berkata pihaknya menyarankan orang awam supaya mempunyai pengetahuan asas dalam mengenal pasti jenis ular berbisa dan tidak berbisa sebagai langkah keselamatan awal.
"Pencegahan boleh bermula di rumah dengan memastikan persekitaran sentiasa bersih, tersusun dan tidak menjadi tempat persembunyian ular," katanya.
Selain kes melibatkan ular, APM juga turut menerima kes melibatkan aduan tebuan dan biawak masuk ke dalam rumah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami