Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merupakan antara badan penguatkuasa yang paling baik dalam aspek melaporkan dan menentang perlakuan rasuah di kalangan anggotanya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Jamidan Abdullah berkata agensi itu juga ditakrifkan sebagai bebas dari anasir negatif itu walaupun pegawai dan anggotanya tidak terlepas daripada cubaan sogokan oleh pihak tertentu.
Beliau berkata perakuan itu terbukti berdasarkan rekod yang menyaksikan anggota dan pegawai APMM merupakan individu terbanyak yang menerima imbuhan dan pengiktirafan daripada SPRM kerana menolak dan melaporkan perlakuan rasuah yang membawa kepada wujudnya kes tertentu selepas itu.
"Sebagai agensi yang menguatkuasakan peraturan maritim, anggota dan pegawai APMM tentunya menjadi sasaran pihak tertentu seperti nelayan dan penyeludup yang cuba memberi sogokan atau offer atas kepentingan masing-masing.
"Atas integriti yang kuat, mereka yang terbabit, malah ada yang dioffer berulang kali tetap menolak tawaran tersebut sebelum tampil membuat aduan kepada SPRM dan bekerjasama dengan kami bagi membanteras gejala yang merosakkan itu," katanya pada sidang media selepas majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) APMM di sini hari ini.
Pada majlis itu, APMM diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar.
Jamidan berkata setakat ini, tawaran yang disasarkan kepada anggota dan pegawai APMM yang bertugas di pesisir pantai itu lebih kepada pemberian wang tunai, bukannya dalam bentuk imbuhan lain seperti pakej percutian atau pemberian barangan berharga.
"Kita tidak nafikan ada anggota dan pegawai dari agensi penguatkuasaan lain seperti polis, imigresen dan kastam yang turut melaporkan kes jenayah rasuah tetapi dalam aspek ini APMM dilihat sebagai agensi paling berintegriti dalam hal melapor dan menolak sebarang tawaran berunsur rasuah," katanya.
Dalam pada itu, Zulkifli berkata pihaknya amat berbangga dengan integriti dan sikap bertanggungjawab serta amanah terhadap tugasan yang dipamerkan anggota dan pegawainya sambil berharap IBR yang ditandatangani mampu melonjakkan lagi nama baik agensi itu di mata masyarakat dan dunia.
Beliau berkata sebelum IBR, setiap perlakuan warga APMM, khususnya mereka yang bertugas di lapangan dipantau oleh pengurusan tertinggi bagi memastikan mereka bebas dari sebarang anasir negatif terutamanya jenayah rasuah dan salah guna kuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2017
Sebagai agensi yang menguatkuasakan peraturan maritim, anggota dan pegawai APMM tentunya menjadi sasaran pihak tertentu seperti nelayan dan penyeludup yang cuba memberi sogokan. - Gambar fail
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menubuhkan tiga Skuad Bantuan Banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan yang ditahan
Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.
Peruntukan RM675 juta bakal perkukuh keupayaan APMM pantau keselamatan negara
Peruntukan RM675 juta kepada APMM menerusi Belanjawan 2025 bakal memperkukuhkan lagi keupayaan agensi itu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.
APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Bernama serah sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar
Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin di kediaman Allahyarham.
APMM ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
APMM dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, Allahyarham yang berusia 36 tahun merupakan Pegawai Pasukan Sukarelawan agensi itu.
Lelaki jatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh dari bot, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, Kerian, hari ini.