MALAYSIA
APMM bawa keluar kru kapal warga Arab Saudi dalam insiden kebakaran elektrik untuk rawatan
Kru yang cedera berjaya dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan sebelum diserahkan kepada petugas ambulans dan dibawa ke Hospital Labuan untuk rawatan lanjut. - Foto APMM LABUAN
LABUAN: Seorang kru kapal kargo warga Arab Saudi yang cedera dalam insiden kebakaran elektrik pada awal pagi tadi di perairan Labuan di sini telah berjaya dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kapten Izwanhadi Idros berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.15 pagi daripada Pusat Kawalan Pelabuhan Labuan yang memaklumkan bahawa kru terbabit perlu dibawa keluar dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
"Kapal kargo berkenaan berada kira-kira 2.6 batu nautika di tenggara Pulau Papan ketika insiden kebakaran itu berlaku.
"Susulan itu, bot peronda PETIR 90 segera digerakkan dari jeti Zon Maritim Labuan bagi operasi membawa keluar mangsa untuk mendapatkan rawatan perubatan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan tangan susulan kebakaran yang berlaku di atas kapal berkenaan.
"Kru yang cedera itu berjaya dibawa keluar ke jeti Zon Maritim Labuan sebelum diserahkan kepada petugas ambulans dan dibawa ke Hospital Labuan untuk rawatan lanjut," katanya.
-- BERNAMA