awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM edar video hebahan berkaitan keselamatan penumpang feri

Bernama
Bernama
17/10/2022
05:53 MYT
APMM edar video hebahan berkaitan keselamatan penumpang feri
Khairul Nizam berkata video itu mengandungi beberapa tip antaranya kepentingan memakai jaket keselamatan, penggunaan rakit keselamatan dan peralatan kecemasan. - Bernama
MERSING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengedarkan video hebahan berkaitan keselamatan penumpang feri dalam berdepan kecemasan.
Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata video mengandungi beberapa tip antaranya kepentingan memakai jaket keselamatan, penggunaan rakit keselamatan dan peralatan kecemasan yang lain diserahkan kepada Jabatan Laut Malaysia di Jeti Penumpang Jabatan Laut di sini, semalam.
"Selain itu, APMM turut mengedarkan risalah dan pelekat keselamatan yang dilengkapi nombor kecemasan Sub Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru kepada pengusaha feri dan penumpang sebagai langkah pencegahan sekiranya berlakunya kecemasan di laut kepada komuniti maritim daerah ini, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata program itu dihadiri pegawai dan anggota APMM Zon Maritim Mersing, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan, Mersing dan pengusaha feri.
"Kita sentiasa mengingatkan kepada seluruh komuniti maritim agar sentiasa mengutamakan keselamatan di laut sebelum melakukan sebarang aktiviti seperti memeriksa ramalan kaji cuaca dan membawa peralatan kecemasan yang lengkap," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#video keselamatan
#penumpang feri
#kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan