awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM gagalkan cubaan keluar warga asing di Tawau

Astro Awani
Astro Awani
19/08/2017
15:03 MYT
APMM gagalkan cubaan keluar warga asing di Tawau
Kesemua mereka akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran 2007. - Foto APMM
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 18 Tawau berjaya menahan 24 warganegara asing yang cuba menyusup keluar dari negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan hari ini di perairan Tawau.
Pengarah Maritim Daerah, Daerah Maritim 18 Tawau Kepten Maritim Romli berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan tanggungjawab telah menahan sebuah bot penumpang berdaftar mencurigakan pada jam lebih kurang 2.15 petang.
Bot penumpang tersebut disyaki menuju ke perairan Sungai Haji Kuning daripada Tawau.
“Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat seorang juragan warganegara Indonesia dan 23 penumpang warganegara Indonesia berumur dalam lingkungan 10 bulan hingga 54 tahun yang terdiri daripada 8 lelaki dewasa, 5 perempuan dewasa, 3 kanak- kanak lelaki, 6 kanak- kanak perempuan dan seorang bayi lelaki berumur 10 bulan.
"Juragan dan dua penumpang yang diperiksa memiliki dokumen pengenalan diri namun tidak mempunyai cop keluar dan masuk daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) manakala selebihnya gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.
Tambahnya lagi, antara kesalahan lain yang turut dilakukan oleh juragan adalah seperti membawa lebih penumpang, membawa penumpang tanpa memakai jaket keselamatan dan membawa penumpang mengikut laluan perairan yang tidak dibenarkan.
Kesemua yang ditahan telah dibawa ke jeti Maritim Malaysia, Tawau untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).
Topic Berkaitan
#Marititim
#pemerdangan orang
#pendatang asing
#rondaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan