awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM gerak 45 aset kawal perairan negara pada musim perayaan

Bernama
Bernama
04/06/2016
00:33 MYT
APMM gerak 45 aset kawal perairan negara pada musim perayaan
Kira-kira 5,000 anggota APMM turut ditempatkan di perairan seluruh negara sepanjang operasi itu berlangsung. - Gambar fail
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengerakkan 45 buah asetnya bagi mengekang jenayah laut dan mengawal perairan negara daripada pencerobohan, sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, aset yang terdiri daripada helikopter, kapal dan bot peronda itu akan digerakkan pasukan penguatkuasaan tersebut menerusi operasi khas iaitu 'Ops Pagar Laut 2016'.
"Menjelang bulan Ramadan dan Syawal (Hari Raya Aidilfitri), kita percaya akan ada pendatang asing mahupun nelayan asing yang akan mengambil kesempatan untuk melakukan kegiatan penyeludupan dan pencerobahan di perairan negara.
"Mereka ini beranggapan perairan negara tidak dikawal ketika musim perayaan...oleh sebab itu kita akan berusaha membendung kes-kes ini termasuk pergerakan masuk dan keluar pendatang tanpa izin di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Pagar Laut 2016 di sini, malam ini. Beliau berkata kira-kira 5,000 anggota APMM turut ditempatkan di perairan seluruh negara sepanjang operasi itu berlangsung.
Katanya, anggota APMM bukan sahaja melaksanakan rondaan dan pemantauan, tetapi juga bersedia melaksanakan tugasan mencari dan menyelamat sekiranya berlaku kemalangan di laut.
"Anggota akan bekerja seperti biasa dan melaksanakan tugas bergilir-gilir mengawal perairan termasuk ketika perayaan nanti," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Puzi menyeru orang ramai agar turut memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada APMM bagi membanteras kegiatan yang melanggar undang-undang di laut.
Katanya, mereka boleh menghubungi talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam, bagi menyalurkan sebarang aduan dan maklumat berkaitan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Puzi Ab Kahar
#APMM
#hari raya
#Ops Pagar Laut
#pencerobohan
#perairan negara
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan