LANGKAWI:Hasil kawalan berterusan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis berjaya menumpaskan aktiviti jenayah berat di laut melibatkan penyeludupan dadah dengan nilai rampasan kira-kira RM15.5 juta sepanjang tahun lalu.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata kejayaan yang dicatatkan itu dapat menyuntik semangat tambahan kepada anggotanya menjelang sambutan ulang tahun ke-16 APMM pada 15 Feb ini.
"Sepanjang tahun lalu, APMM Kedah dan Perlis berjaya menggagalkan beberapa cubaan sindiket menjadikan kawasan perairan di sekitar kedua-dua negeri ini sebagai laluan penyeludupan.
"Hasil operasi berterusan serta kerjasama erat dengan komuniti maritim, APMM berjaya merampas syabu seberat 61.5 kilogram bernilai RM12 juta, ganja seberat satu tan bernilai RM3 juta serta daun ketum seberat 4.8 tan bernilai RM500,000," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sekitar perairan ini hari ini.
Mengenai laporan ratusan etnik Rohingya hilang dari kem pelarian di Indonesia dan dipercayai diseludup masuk ke Malaysia, Mohd Zawawi berkata pihaknya belum menerima maklumat pelarian terbabit menuju ke perairan negara ini, khususnya di Langkawi.
"APMM akan terus memantau perkara tersebut, menerusi kerjasama agensi terlibat kita akan pastikan sempadan negara tidak dicerobohi," katanya, menambah penugasan Op Benteng yang turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan lain akan memastikan perairan negara tidak dicerobohi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 13 2021

Anggota-anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis melakukan pemeriksaan ke atas bot nelayan di kawasan perairan pulau ini hari ini. - Foto BERNAMA

COVID-19: 1,924 kes baharu, 12 kematian direkodkan
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,918 adalah kes tempatan manakala enam kes merupakan kes import.

Duduk di rumah berbeza pun boleh untuk keluar dan naiki kenderaan yang sama
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memberitahu, beliau tidak pernah menyebut hanya dari rumah yang sama dibenarkan untuk keluar dalam satu kenderaan sama. Rumah berbeza dan naiki kenderaan sama jua dibenarkan.

Pasport vaksin: Malaysia belum ada tarikh tetap untuk buka sempadan
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Malaysia baharu bermula dengan suntikan vaksin semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, justeru kerajaan akan melihat sama ada akan keluarkan atau tidak pasport vaksin.

Pemuzik jalanan atau busker dibenarkan beroperasi di kawasan PKP
Jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia sejajar dengan keputusan kerajaan membenarkan orang ramai makan di kedai makan. Bagaimanapun, kata beliau, pemuzik jalanan itu perlu mematuhi SOP yang ketat iaitu penjarakan sosial dan memakai pelitup muka

Hantar anak-anak ke sekolah atau asrama tidak perlu mendapatkan surat kebenaran polis
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, ibu bapa hanya perlu memberi surat kebenaran dari sekolah ketika melalui sekatan jalan raya

Vaksin COVID-19 | Bekalan pertama tiba di Kelantan
Penduduk Kelantan boleh mengambil nafas lega dengan ketibaan vaksin di negeri itu hari ini. Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyambut ketibaan bekalan vaksin itu di kota bharu tadi pada jam 3.30 petang. Dan wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad, ada laporannya.

Tiga kawasan PKPD di Besut ditamatkan 27 Februari 2021
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD di Kg Darau-Awek, Kg Padang Baloh dan Kg Lepan Kejor, Mukim Pasir Akar, Besut, Terengganu ditamatkan pada 27 Februari 2021

Bukan 'influencer', tapi ketua jabatan klinikal terima vaksin esok - Dr Noor Hisham
Mereka yang bukan petugas perubatan termasuk bahagian pentadbiran, tidak dimasukkan dalam senarai penerima.
![[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 25 Feb 2021 [SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 25 Feb 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892490/574696631614247811646_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 25 Feb 2021
Ikuti sidang media khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD), Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

18,720 dos vaksin COVID-19 tiba di Kelantan, MB terima suntikan awal 2 Mac
Seramai 140 individu termasuk Menteri Besar, barisan Exco Kerajaan Negeri Kelantan serta pemimpin negeri bakal menerima suntikan awal vaksin COVID-19 pada 2 Mac depan.

Warga tempatan dalangi penyeludupan manusia dan barangan haram - APMM
Meskipun keluasan perairan negara menjadi cabaran, ia sama sekali tidak mematahkan semangat anggota APMM untuk terus menyumbang bakti kepada negara.

APMM Kedah dan Perlis rampas RM15.5 juta dadah, ketum tahun lalu
Kejayaan yang dicatatkan itu dapat menyuntik semangat tambahan kepada anggota APMM menjelang sambutan ulang tahun ke-16 APMM pada 15 Feb ini.

Sempadan perairan negara: APMM perhebat kawalan ketat
Sepanjang 2020, pasukan Maritim membawa banyak kejayaan dalam mengekang penyeludupan dan cubaan individu memasuki negara secara haram.

Tambahan bot pemintas, peronda bantu mantapkan tugas APMM di perairan Perak
Bot pemintas Benteng 1206 diterima APMM Perak bulan lepas manakala bot peronda Perkasa 1223 pada awal tahun ini.

PKPD di Penjara Marang dan Pusat Koreksional Dungun esok - Ismail Sabri
Sejak 24 April 2020, seramai 111,239 individu telah pulang ke tanah air dengan 969 tiba di semua pintu masuk antarabangsa pada Selasa serta sudah mula dikuarantin.

16 nelayan Vietnam ditahan APMM
Anggota APMM yang membuat rondaan menggunakan Kapal Maritim (KM) Langkawi berjaya menahan mereka pada jarak 93 dan 118 batu nautika dari timur laut Kuala Terengganu kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.

Op Benteng: 24 PATI ditahan, 17 kenderaan darat dirampas - Ismail Sabri
Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Benteng di sempadan negara pada Khamis.

Sindiket masih degil, 17 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng
Seramai 17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu.

Mangsa hilang dalam tragedi bot karam ditemukan terapung
Mangsa dipercayai berenang bersendirian setelah terpisah dengan rakan-rakannya selepas bertindak terjun dari bot yang hampir tenggelam dalam keadaan ribut, hujan lebat dan ombak besar.

Bot karam: Pencarian nelayan diteruskan pagi ini
Operasi mencari Ashaari Leh, 43 tahun, diperluaskan lagi dengan turut melibatkan penggunaan aset udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).