awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM Kelantan cadang pasar radar Swasla di Tumpat

Bernama
Bernama
08/09/2025
13:00 MYT
APMM Kelantan cadang pasar radar Swasla di Tumpat
Erwan Shah (kanan) berkata sistem itu dicadangkan dibina di Mukim Tabar, Tumpat berikutan kedudukan negeri ini yang bersempadan dengan Thailand. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan bercadang memasang sistem radar Remote Sensored Site (RSS) Swasla di kawasan Pantai Timur sebagai usaha menambah baik keberkesanan operasi penguatkuasaan.
Pengarah Maritim Negeri Kelantan Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata sistem itu dicadangkan dibina di Mukim Tabar, Tumpat berikutan kedudukan negeri ini yang bersempadan dengan Thailand.
Beliau berkata dengan adanya sistem radar di kawasan berkenaan, lebih mudah untuk mengesan sebarang kegiatan jenayah rentas sempadan yang berlaku.
"Setakat ini, APMM Kelantan sedang dalam proses mendapatkan satu tapak untuk dijadikan pejabat tetap Pos Maritim Pengkalan Kubor," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata Pos Maritim Pengkalan Kubor telah beroperasi sejak 6 Feb 2013, namun selama ini hanya menumpang bangunan seluas 900 kaki persegi serta jeti di Kompleks Kastam Pengkalan Kubor.
Erwan Shah berkata kekangan fasiliti sedia ada menyukarkan keberkesanan operasi di kawasan berkenaan, justeru kawasan seluas empat hektar telah dikenal pasti sebagai lokasi strategik bagi pembangunan Pos Maritim Pengkalan Kubor.
"Kawasan ini amat sesuai untuk dibangunkan sebagai pejabat, kuarters anggota serta menempatkan RSS Swasla kerana kedudukannya yang hampir dengan Thailand selain laluan utama modus operandi penyeludupan melalui laut sebelum masuk ke muara sungai," katanya.
Beliau berkata cadangan itu telah diusulkan kepada Bahagian Pembangunan APMM dan dimajukan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk pertimbangan serta kelulusan.
"Maritim Kelantan berharap cadangan pembangunan pejabat tetap Pos Maritim Pengkalan Kubor dapat diluluskan segera demi kepentingan operasi Maritim Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#Kementerian Dalam Negeri
#KDN
#jenayah rentas sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan