awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM Labuan tahan bot tunda langgar syarat lesen

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/05/2023
02:05 MYT
APMM Labuan tahan bot tunda langgar syarat lesen
Bot tunda berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana melanggar syarat lesen iaitu gagal mengemas kini buku log rasmi. - Foto Maritim Malaysia
KUALA LUMPUR: Sebuah bot tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Labuan kerana disyaki gagal mengemas kini buku log rasmi (official log book), pada Ahad.
Menurut Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh, penahanan dilakukan pada jarak 2.8 batu nautika Barat Daya Pulau Papan pada 6.45 petang.
"Aset ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Sejahtera, Op Khas Kuda Laut dan Op Tiris di sekitar Pulau Labuan mengesan dan menahan sebuah bot tunda.
"Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati bot tunda berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana melanggar syarat lesen iaitu gagal mengemas kini buku.
"Semasa diperiksa, bot tunda tersebut dikendalikan oleh seorang nakhoda warganegara Malaysia berumur 56 tahun beserta dengan enam orang kru lelaki yang kesemuanya merupakan warganegara Malaysia berumur lingkungan 22 hingga 42 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Nudin berkata, bot tunda bersama-sama nakhoda dan dua daripada kru bot berkenaan, beserta dokumen, dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.
"Maritim Malaysia sentiasa komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan bagi mencegah sebarang bentuk pelanggaran undang-undang, penyeludupan pencerobohan dan jenayah maritim di sepanjang perairan Malaysia amnya dan di perairan Zon Maritim Labuan khasnya," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#bot tunda ditahan
#Labuan
#langgar syarat lesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan