KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melakukan Eksesais Maritim Perkasa Timur di perairan Sabah dan Sarawak pada Sabtu hingga 3 Nov depan.
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan APMM Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata eksesais berkenaan melibatkan 14 kapal milik agensi berkenaan.
Beliau berkata eksesais itu akan menguji keupayaan APMM dalam melaksanakan tanggungjawabnya dalam menjaga keselamatan perairan negara dan memastikan kesejahteraan komuniti maritim tempatan.
"Dalam eksesais berkenaan anggota APMM akan diuji dalam aspek pengendalian kapal laut seperti mengejar penjenayah di laut, situasi kecemasan di laut seperti kapal terbalik dan orang lemas.
"Dalam eksesais itu anggota kami juga akan diuji dalam beberapa situasi yang lain untuk melihat sejauh mana kecekapan anggota APMM dalam menjalankan tugas," katanya ketika menjadi tetamu dalam program di Bernama TV hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Rosli berkata APMM juga giat melakukan eksesais bersama agensi-agensi penguatkuasaan tempatan dan negara jiran berikutan kawasan perairan negara yang luas selain aset yang terhad.
Mohd Rosli berkata tanpa kerjasama erat daripada agensi penguatkuasaan tempatan dan negara jiran usaha mengawasi perairan negara adalah sukar kerana ia bersempadan dengan beberapa negara jiran.
Menurutnya perairan negara melibatkan Selat Melaka dan Laut China Selatan juga merupakan antara laluan perkapalan yang tersibuk di dunia selain menjadi penyumbang dari segi ekonomi melalui sektor perikanan, pelancongan serta petroleum dan gas.
"Antara cabaran yang kami hadapi adalah melibatkan jenayah rentas sempadan membabitkan penyeludupan dadah, rokok dan barangan bersubsidi malahan penyeludupan manusia selain isu pencerobohan nelayan asing," katanya.
Sementara itu, dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), beliau menasihatkan komuniti maritim tempatan untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika turun ke laut yang diramal bermula lebih awal tahun ini iaitu November hingga Mac 2024.
Menurutnya ketika musim monsun itu pihaknya menerima banyak panggilan berhubung kecemasan di laut.
"Bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti di laut pastikan memakai jaket keselamatan dan jika berkemampuan belilah 'Pengesan Lokasi Individu (PLB) kerana ia akan memudahkan APMM mengesan lokasi kejadian kecemasan berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
Mohd Rosli berkata eksesais berkenaan melibatkan 14 kapal milik agensi berkenaan. - Gambar Bernama
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri
APMM Selangor kenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai jadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang Aidilfitri.
Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut
Maritim Malaysia menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.
Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini
APMM menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa, daripada 1,487 kes carilamat di laut bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas.
Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok
Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
APMM laksana Eksesais Maritim Perkasa TImur di perairan Sabah, Sarawak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melakukan Eksesais Maritim Perkasa Timur di perairan Sabah dan Sarawak pada Sabtu hingga 3 Nov depan.
Rancangan naik taraf pusat kawalan operasi APMM tingkat keselamatan maritim
Rancangan menaik taraf pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi APMM langkah penting meningkatkan keselamatan maritim.
Kapal USGC Munro singgah Kuantan, bukti hubungan kukuh AS, Malaysia
Munro diambil daripada nama Douglas Albert Munro, iaitu Pegawai USCG yang dianugerahkan pingat kehormat secara anumerta kerana kepahlawanan yang luar biasa ketika Perang Dunia Kedua.
Kebakaran kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang berjaya dipadam sepenuhnya
Bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran beberapa kontena di atas sebuah kapal kargo yang sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang awal pagi tadi.
Operasi carilamat tekong bot karam ditamatkan
Carilamat ditamatkan jam 7 petang pada Selasa selepas empat hari operasi pencarian mangsa, Mat Rifin Awang Kecik, 66, dijalankan.
Dadah bernilai RM400,000 dirampas, warga Indonesia ditahan
Penahanan dibuat hasil risikan mengenai kehadiran sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan Tanjung Kling lebih kurang 1 pagi pada 28 Julai itu.