awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM Pahang tahan dua bot nelayan tempatan, 15 kru Vietnam

Amir Hamzah Nordin
Amir Hamzah Nordin
22/09/2022
13:32 MYT
APMM Pahang tahan dua bot nelayan tempatan, 15 kru Vietnam
Tujuh nelayan Vietnam dari salah satu daripada dua bot yang ditahan pihak APMM. - Foto: APPM Pahang
KUANTAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang menahan dua bot nelayan tempatan Kelas C disyaki melanggar syarat sah lesen pada jarak kira-kira 30 batu nautika dari Kuala Kuantan, pagi semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim, Kamal Ariffin Jusoh berkata, semasa rondaan Op Makmur yang dijalankan, aset Maritim Malaysia telah mengesan empat buah bot nelayan dalam keadaan mencurigakan.
“Bot-bot tersebut dikendalikan tekong bersama awak-awak warganegara Vietnam kesemuanya seramai 15 orang, berumur antara 24 hingga 58 tahun.
“Bot-bot dan kesemua kru termasuk tekong telah ditahan dan diiring masuk ke Jeti Pernepa, Kuantan bersama peralatan menangkap ikan dan hasil laut yang dianggarkan sebanyak 90 kilogram untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati dua buah bot tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu melanggar syarat sah lesen serta dokumen pengenalan diri yang meragukan, manakala dua buah bot lagi telah dilepaskan kerana tiada kesalahan yang dikesan.
“Maritim Malaysia akan memperkasakan penguatkuasaan serta menggesa komuniti maritim terutamanya komuniti nelayan tempatan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan apabila beradadi laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan.
“Komuniti maritim di Perairan Pahang supaya menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang bagi memastikan perairan negeri Pahang aman dan sejahtera.
Katanya, warga komuniti juga diingatkan supaya sentiasa bersedia menghadapi musim tengkujuh dan angin Monsun Timur Laut serta peka terhadap amaran hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
Topic Berkaitan
#nelayan vietnam
#ceroboh perairan
#APMM
#kuala kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan