awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM patahkan cubaan sindiket seludup keluar 1,100 murai kampung

Bernama
Bernama
26/08/2021
05:40 MYT
APMM patahkan cubaan sindiket seludup keluar 1,100 murai kampung
APMM mengesyaki kegiatan tersebut didalangi sindiket warga tempatan berikutan penyeludup yang sedang menjalankan pemunggahan bertindak melarikan diri - Bernama
ALOR GAJAH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan mematahkan cubaan menyeludup 1,100 ekor burung murai kampung bernilai kira-kira RM44,000 ke negara jiran di perairan pantai Alai, di sini malam tadi.
Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, pihaknya menerima aduan awam sebelum menggerakkan bot ronda APMM yang sedang melaksanakan rondaan operasi ke lokasi berkenaan kira-kira 9.15 malam tadi.
"Sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa, bot yang disyaki penyeludup itu telah memecut laju ke pantai dan berjaya menghilangkan diri tanpa dikesan disebabkan kawasan gelap, cetek dan bersemak.
"APMM bagaimanapun menemukan kira-kira 55 raga berisi kira-kira 1,100 ekor burung murai kampung yang ditinggalkan di kawasan berbatu di pantai berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Haris Fadzillah berkata, APMM mengesyaki kegiatan tersebut didalangi sindiket warga tempatan berikutan penyeludup yang sedang menjalankan pemunggahan bertindak melarikan diri dengan membiarkan raga-raga berisi burung di tepi pantai selepas menyedari kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.
Beliau berkata aktiviti penyeludupan burung murai kampung atau nama saintifiknya Copsychus Saularis itu, dipercayai untuk dipasarkan di negara jiran berikutan permintaaan dan harga yang tinggi.
Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan APMM akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras serta menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan.
"APMM turut meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat aktiviti jenayah dan kecemasan di laut di talian Pusat Operasi Maritim 06-3876730 atau 999 yang beroperasi 24 jam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#seludup
#murai kampung
#perairan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan