awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hong Kong ikrar perkukuh keselamatan bangunan selepas kebakaran maut
Pakatan baharu, perjanjian dagangan bantu Malaysia kurang risiko global pada 2026 - WEF
Abu Bakar sedia terajui PFA, fokus pulihkan bola sepak Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM rampas wang hampir RM4 juta di perairan Kemaman

Bernama
Bernama
25/08/2017
15:29 MYT
APMM rampas wang hampir RM4 juta di perairan Kemaman
Sebahagian daripada wang tunai yang dirampas dari sebuah kapal yang ditahan di perairan Kemaman. - Astro AWANI
Seorang nakhoda kapal bersama enam kru diberkas bersama wang tunai bernilai hampir RM4 juta susulan penahanan sebuah kapal di perairan Kemaman.
Rampasan wang tunai itu merupakan yang terbesar dilakukan Maritim Malaysia setakat ini.
Menerusi kenyataan hari ini, Pegawai Memerintah KM Pekan, Kapten Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata kapal yang tidak memiliki nombor pendaftaran itu ditahan pada kedudukan lebih kurang 126 Batu Nautika dari Kuala Kemaman pada 21 Ogos lalu.
Katanya dalam rondaan sekitar pukul 4.15 petang itu, kapal berkenaan telah cuba melarikan diri dengan meningkatkan kelajuan namun berjaya dipintas.
"Hasil pemeriksaan terhadap kapal kapal tersebut mendapati tujuh kru tidak mempunyai sebarang dokumen. Turut ditemui ialah sejumlah wang tunai dalam pelbagai mata wang dengan nilai yang banyak. Wang tunai tersebut disyaki hasil daripada aktiviti haram," katanya.
Kesemua yang ditahan berusia antara 22 hingga 62 tahun, dipercayai warga Thailand dan mereka akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 serta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.
Penahanan kru dan kapal itu dilakukan menerusi Operasi Perkasa Timur dan Operasi Marikh melibatkan pemantauan pelbagai aktiviti penyeludupan minyak di laut.
Topic Berkaitan
#APMM
#Maritim Malaysia
#rampas
#wang tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan