awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM selamatkan empat kru kapal persiaran Epic Princess yang hampir karam

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/02/2021
04:35 MYT
APMM selamatkan empat kru kapal persiaran Epic Princess yang hampir karam
Kapal terbabit dipercayai telah terlanggar objek lalu terkandas yang menyebabkan kapal tersebut hampir karam di kawasan Pulau Lalang. - Foto APMM
LANGKAWI: Empat kru kapal persiaran Epic Princess berdepan detik cemas apabila kapal yang dinaiki terbalik dan hampir karam selepas terlanggar objek pada kedudukan 0.3 batu nautika selatan Pulau Lalang, Langkawi, Kedah, sekitar 10.30 malam tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi segera mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima laporan.
Kapten kapal, Nor Azman Saparin, 42, bersama tiga kru lain yang berusia 29 hingga 54 tahun dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan. - Foto APMM
Kapten kapal, Nor Azman Saparin, 42, bersama tiga kru lain yang berusia 29 hingga 54 tahun dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan. - Foto APMM
Kapal maritim KM Tenggol turut diaturgerak bagi menyelamat mangsa kapal persiaran terbabit sebelum dimaklumkan kepada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM).
“Kapal terbabit dipercayai telah terlanggar objek lalu kandas yang menyebabkan kapal tersebut hampir karam di kawasan Pulau Lalang,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Kapten kapal, Nor Azman Saparin, 42, bersama tiga kru lain yang berusia 29 hingga 54 tahun dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Kapal terbabit kemudiannya ditunda ke Boustead Shipyard untuk pemeriksaan lanjut.
Kapal yang dinaiki terbalik dan hampir karam selepas terlanggar objek pada kedudukan 0.3 batu nautika selatan Pulau Lalang, Langkawi, Kedah, sekitar 10.30 malam tadi. - Foto APMM
Kapal yang dinaiki terbalik dan hampir karam selepas terlanggar objek pada kedudukan 0.3 batu nautika selatan Pulau Lalang, Langkawi, Kedah, sekitar 10.30 malam tadi. - Foto APMM
Zawawi mengingatkan semua yang berhasrat melakukan aktiviti di laut agar mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca, memastikan bot dalam keadaan baik dan membawa Personal Locator Beacon (PLB).
Selain itu mereka juga dinasihatkan memaklumkan destinasi dituju kepada ahli keluarga, membawa bekalan makanan secukupnya serta mengelakkan aktiviti di luar kawasan liputan telekomunikasi.
Topic Berkaitan
#Kapal Persiaran Epic Princess
#Langkawi
#Kedah
#Pulau Lalang
#kapal karam
#APMM Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan