awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM selamatkan pemancing warga British terkandas di Pulau Lalang

Bernama
Bernama
30/05/2023
06:26 MYT
APMM selamatkan pemancing warga British terkandas di Pulau Lalang
Mangsa dikenali sebagai Russel Walter Boyd (dua, kanan) ditemukan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan. -APMM Negeri Sembilan/Melaka
MELAKA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menyelamatkan seorang pemancing warga British yang terkandas di Pulau Lalang di sini semalam.
Pengarah Maritim negeri Kapten Maritim Iskandar Ishak berkata mangsa dikenali sebagai Russel Walter Boyd, 40, dan tinggal di Bangsar, Kuala Lumpur ditemukan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan selepas terkandas kira-kira tiga jam.
Beliau berkata sebelum kejadian, mangsa keluar memancing seorang diri menaiki bot getah ke pulau tersebut sebelum bot dinaikinya hanyut dibawa arus kerana tidak diikat.
"Pihak kami menerima makluman pada 2.30 pagi semalam dari Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru melalui aduan MERS 999 sebelum mengatur gerak Bot Kilat 19 yang berada di kawasan berhampiran bagi menyelamatkan mangsa.
"Lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke Jeti Marina Bandar Hilir Melaka untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata Maritim Malaysia sentiasa peka dan serius melaksanakan pemantauan operasi dan penguatkuasaan agar komuniti maritim selamat untuk melakukan aktiviti di laut.
Katanya sebarang maklumat atau kecemasan sila laporkan segera ke Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam bagi membantu operasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#pemancing warga British
#terkandas di Pulau Lalang
#Russel Walter Boyd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan