APMM tahan bot Vietnam ceroboh perairan Sarawak

Astro Awani
Jun 6, 2017 14:30 MYT
Agensi Pertahanan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak menahan dua buah bot nelayan yang dipercayai dari negara Vietnam kerana ceroboh kawasan perairan Sarawak bagi menangkap ikan. -Gambar fail
Agensi Pertahanan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak menahan dua buah bot nelayan yang dipercayai dari negara Vietnam kerana ceroboh kawasan perairan Sarawak bagi menangkap ikan.
Pengarah Maritim Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Haji Ismaili Bujang Pit berkata 15 awak-awak dan tekong berusia lingkungan 19 hingga 47 tahun seterusnya dibawa ke Kompleks Maritim Tun Abang Salahudin untuk siasatan lanjut.
Operasi dijalankan susulan aduan nelayan tempatan sejak 31 Mei lepas.
"Vessel ini ditahan pada jam 10.40 pagi oleh KN Bijak, dengan keanggotaan seramai 18 orang,” kata Bujang Pit.
Ujarnya, pihak APMM Sarawak kini cuba menambah baik fasiliti daripada segi pengangkutan bot bagi memudahkan pihaknya membuat pemantauan di laut Sarawak secara lebih ketat.
#APMM #bot Vietnam #nelayan #operasi #Tahan