awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM tampil 404 pegawai, tiga selebriti dalam perbarisan Hari Kebangsaan

Bernama
Bernama
30/08/2024
04:30 MYT
APMM tampil 404 pegawai, tiga selebriti dalam perbarisan Hari Kebangsaan
Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 diharap dapat memberi peluang kepada masyarakat mengenali peranan yang dimainkan APMM. - Foto APMM
PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bakal menampilkan 404 pegawai dan tiga selebriti tempatan dalam perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, esok.
Pemangku Ketua Pengarah APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata selebriti yang akan menyertai kontinjen agensi penguatkuasaan itu ialah Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendy.
Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata APMM juga akan mempamerkan aset iaitu Bot Perkasa 35, Bot Benteng 1, Bot Petir 83, Mobile Surveillance Unit (MSU) serta sebuah AS365 N3 Dauphin yang akan melakukan terbang lintas bersama aset udara pasukan keselamatan lain.
Saiful Lizan berkata penyertaan APMM dalam perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 diharap dapat memberi peluang kepada masyarakat mengenali peranan yang dimainkan APMM selain menarik minat belia tempatan yang berkelayakan untuk menjadi anggota penguat kuasa.
"Sebagai agensi yang diletakkan di bawah kluster keselamatan, APMM ingin menunjukkan peranannya dalam memastikan perairan Malaysia selamat di samping turut membawakan mesej kepada orang ramai bahawa 'Keselamatan Bukan Untuk Dikompromi'.
"Penyertaan ini juga mencerminkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan anggota APMM yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat demi mempertahankan keselamatan perairan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#Hari Kebangsaan
#perbarisan
#Saiful Lizan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan