awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM Tawau ingatkan pengguna pengangkutan laut guna jaket keselamatan

Bernama
Bernama
11/06/2023
13:41 MYT
APMM Tawau ingatkan pengguna pengangkutan laut guna jaket keselamatan
Shahrizan berkata penggunaan jaket keselamatan amat penting demi keselamatan mereka, sekali gus mengelak musibah ketika berada di perairan. - Gambar hiasan/Facebook APMM
TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau mengingatkan orang ramai yang menggunakan pengangkutan laut, termasuk nelayan agar tidak alpa terhadap penggunaan jaket keselamatan ketika berada dalam bot atau perahu.
Pengarahnya Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata penggunaan jaket keselamatan amat penting demi keselamatan mereka, sekali gus mengelak musibah ketika berada di perairan.
"Kita tidak mahu berlaku tragedi bot karam seperti di perairan Sungai Melayu, Pulau Sebatik pada Jumaat lepas yang mana penumpang didapati tidak memakai jaket keselamatan.
Perkara itu merupakan hasil analisis APMM sehingga menyebabkan mangsa gagal menyelamatkan diri dan akhirnya kehilangan nyawa," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Hari Kesedaran dan Keselamatan Maritim anjuran APMM Zon Maritim Tawau di sini hari ini.
Dalam kejadian Jumaat lepas, mangsa lelaki dikenali sebagai Abdul Rahim Kasil, 56, hilang, manakala, isterinya Nurlina Aripin, 52, terselamat, namun cedera di kaki selepas bot dinaiki mereka karam akibat perlanggaran dengan objek tenggelam.
Mayat mangsa ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian pagi semalam iaitu pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan pihak berkuasa bersama penduduk setempat.
Dalam pada itu, Shahrizan berkata sehingga 31 Mei tahun ini, APMM Zon Maritim Tawau sudah melakukan 23 kes tangkapan ke atas pelbagai kesalahan, antaranya di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Perikanan 1985, termasuk penyeludupan pendatang asing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#jaket keselamatan
#Akta Imigresen
#pendatang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan