awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM Terengganu tahan tujuh nelayan Vietnam

Bernama
Bernama
16/01/2023
02:50 MYT
APMM Terengganu tahan tujuh nelayan Vietnam
Aset maritim mengesan bot yang mencurigakan itu sedang menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan ketika dihampiri mereka cuba melarikan diri. - Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh nelayan warga Vietnam bersama sebuah bot kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara, Sabtu lepas.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kapten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata bot tersebut ditahan kira-kira 9 pagi di sekitar 135 batu nautika di timur laut Kuala Terengganu melalui operasi Op Naga Barat dan Op Kuda Laut.
"Aset maritim telah mengesan sebuah bot yang mencurigakan itu sedang menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan ketika dihampiri mereka cuba melarikan diri.
"Namun, kapal operasi bertindak memintas dan menahan bot yang menggunakan nombor pendaftaran asing tersebut dan pemeriksaan mendapati, tekong telah gagal mengemukakan dokumen lesen yang sah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Khairulanuar berkata kesemua tujuh kru termasuk tekong berumur lingkungan 21 hingga 54 tahun ditahan setelah didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri serta permit pekerja asing sah. Kesemua warga Vietnam itu dihantar ke Maritim Negeri Terengganu untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata bot dan kesemua peralatan menangkap ikan, 150 kilogram ikan campur serta 100 liter diesel yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM 1 juta dirampas.
"Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana tidak memiliki sebarang lesen dan permit kerja untuk melakukan pengoperasian penangkapan hasil laut di perairan negara dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#pekerja asing
#Vietnam
#menangkap ikan secara haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan