Apple akan buang ciri oksimeter Apple Watch untuk bolehkan jualan di AS

Amanz
Januari 16, 2024 04:25 MYT
ITC mendapati Apple melanggar paten milik Masimo yang menyebabkan pengimportan Apple Watch ke pasaran AS diharamkan. -Amanz
APPLE dilaporkan akan memberikan kemas kini perisian kepada Apple Watch di Amerika Syarikat (AS) yang mematikan ciri pengesan oksigen dalam darah pada sensor oksimeter.
Ini bagi mengelak pelanggaran paten oksimeter milik Masimo Corp yang menyebabkan jualan Apple Watch Series 9 dan Ultra 2 diharamkan di AS pada penghujung bulan lalu.
Ini didedahkan selepas Apple memfailkan rayuan supaya jualan Apple Watch boleh diteruskan selepas tamatkan tempoh rayuan dalam masa terdekat.
ITC mendapati Apple melanggar paten milik Masimo yang menyebabkan pengimportan Apple Watch ke pasaran Amerika diharamkan.
Apple dipercayai sedang mengubah suai perisian untuk oksimeter dan algoritma yang digunakan bagi mengelakkan paten Masimo dilanggar.
Amerika Syarikat ialah pasaran utama untuk Apple Watch. Halangan jualan yang dikenakan oleh ITC pastinya mendatangkan impak kepada jam tangan pintar yang memegang lebih 50 peratus pasaran pada tahun 2023. -Amanz
#Masimo Corp #apple watch #ciri pengesan oksigen dalam darah #sensor oksimeter