Apple dan Samsung terus kuasai pasaran China

Associated Press
Oktober 22, 2012 06:53 MYT
Apple membuka kedai terbesar di Beijing sama hari dengan pelancaran telefon bimbit terbaru Samsung di Shanghai.
Langkah terbaru kedua syarikat ini terus mengukuhkan lagi status China sebagai pasaran telefon bimbit terbesar.
Peminat produk Apple beratur panjang di luar kedai dengan harapan untuk mendapatkan peranti terbaru.
Tidak kurang yang datang dari jauh untuk melihat reaksi produk Apple di China.
“Saya datang dari Shanghai. Saya juga ingin tahu bagaimana orang ramai menerima kehadiran kedai Apple baharu ini di Beijing.
Di Shanghai, Samsung melancarkan telefon bimbit galaxy terbaru yang lebih nipis, dengan jangka hayat panjang dan pemprosesan yang lebih pantas.
Pada September, jualan produk Samsung mengatasi iPhone untuk pertama kali di Amerika.
Pasaran telefon pintar lebih dekat dengan hati pengguna muda.
Ini memaksa pengeluar mengambil pendekatan membuka cawangan di kawasan membeli belah.
Kedua-dua Apple dan Samsung menguasai 40 peratus pasaran telefon bimbit di China.
Keuntungannya pula adalah 90 peratus daripada jumlah keuntungan semua syarikat telefon bimbit yang beroperasi di China.
#Beijing #China #iPhone #Samsung #Shanghai #telefon pintar