[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
GADGETS

Apple dijangka guna cip 2nm pada iPhone 18 tahun depan

Amanz 23/03/2025 | 04:00 MYT
Tidak pasti sama ada semua model iPhone 18 akan menggunakan cip A20 2nm atau hanya model Pro sahaja. -Gambar fail/Amanz
PENGANALISIS popular, Ming-Chi Kuo kini hadir dengan ramalan dan jangkaan baharu, mengatakan Apple akan menggunakan cip dengan binaan 2nm pada iPhone 18 yang dijadualkan pada tahun depan, 2026.

Ringkasan AI
  • Ming-Chi Kuo meramalkan Apple akan menggunakan cip 2nm pada iPhone 18 pada tahun 2026.
  • Tidak pasti sama ada semua model iPhone 18 akan menggunakan cip A20 2nm atau hanya model Pro sahaja.
  • Masih menjadi tanda tanya sama ada cip 2nm ini akan digunakan pada MacBook dan iPad pada tahun 2026.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Masih tidak diketahui sama ada semua model akan menggunakan cip A20 berasaskan binaan 2nm, atau hanya model Pro sahaja.
Apple untuk iPhone 17 yang dijadualkan pada tahun ini dijangka menggunakan cip dengan binaan berasaskan 3nm.
Dengan cip yang lebih kecil, ia dijangka menawarkan prestasi yang lebih baik, dan pada masa yang sama lebih efisien dalam penggunaan tenaga.
Ia turut menjadi tanda tanya sama ada teknologi binaan 2nm ini akan turut menguasakan cip yang menguasakan MacBook dan iPad pada tahun 2026 kelak, atau sebaliknya. -Amanz
#Apple #Ming-Chi Kuo #cip 2nm #iPhone 18