awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan guru di Jerman lancar mogok tuntut gaji lebih baik
Gunung Semeru di Indonesia Meletus dua kali pada Khamis, hambur abu setinggi 700 meter
Permintaan kargo udara Asia Pasifik naik 8.4 peratus pada 2025, teraju prestasi global - IATA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple dijangka perkenal MacBook Pro skrin sentuh seawal 2026

Amanz
Amanz
17/10/2025
05:45 MYT
Apple dijangka perkenal MacBook Pro skrin sentuh seawal 2026
Apple sedang membangunkan MacBook Pro baharu dengan skrin sentuh dan panel OLED, dijangka dilancarkan seawal tahun 2026. -Foto Amanz
APPLE dilapor sedang membangunkan MacBook Pro generasi baharu yang dilengkapi skrin sentuh, dengan pelancaran dijangka seawal tahun 2026.

Ringkasan AI
  • Apple sedang membangunkan MacBook Pro baharu dengan skrin sentuh dan panel OLED, dijangka dilancarkan seawal tahun 2026.
  • Rekaan baharu ini akan menggugurkan takuk skrin dan menggantikannya dengan lubang kamera kecil, serta memerlukan pengoptimasian antara muka untuk interaksi sentuh.
  • Pengumuman ini menandakan perubahan besar dalam pendekatan Apple terhadap komputer riba dan dijangka menyebabkan peningkatan harga jualan MacBook Pro.

Langkah ini juga akan mengubah pendirian Apple selama ini yang tidak menyertakan skrin sentuh pada komputer riba – berbeza dengan langkah Microsoft.
Pada hari ini, Apple sedia memberikan pengalaman seumpamanya melalui iPad. Tetapi dengan integrasi pada MacBook Pro, ia akan perlu pengoptimasian antara muka yang selari dengan skrin sentuh, selain turut akan membawa kepada perubahan pengguna dari segi interaksi dan produktiviti.
Apple dijangka akan menggunakan panel OLED, selain tidak lagi akan menyertakan takuk pada skrin. Sebaliknya Apple akan menggunakan lubang kamera kecil seperti pada beberapa telefon pintar hari ini.
Pengenalan komputer riba ini juga dijangka menawarkan kemas kini pada rekaan MacBook Pro tersebut sendiri.
Bloomberg turut mengatakan pengenalan ini turut akan membawa kepada peningkatan dari segi harga jualan MacBook Pro kelak.
Info lain masih tidak diketahui lagi, dan dijangka akan kedengaran menjelang pengenalannya yang dijadualkan sekitar setahun lebih lagi. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#macbook pro
#skrin sentuh
#panel OLED
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan