GADGETS
Apple dilapor ingin guna Google Gemini untuk kuasakan Siri baharu
Apple sedang berbincang dengan Google untuk menggunakan model AI seperti Gemini bagi menguasakan Siri baharu yang dijangka dilancar pada 2026. -Gambar hiasan/Amanz
APPLE dilaporkan berhubung dengan pihak Google dalam membangunkan model kecerdasan buatan khusus untuk menguasakan Siri baharu, yang dijadualkan untuk pengenalan pada 2026.
Ringkasan AI
Seperti ramai sedia maklum, Apple sedikit ketinggalan dalam arena kecerdasan buatan berbanding yang lain.
Perancangan Apple Intelligence dan Siri yang baharu juga tidak berjalan lancar seperti dijadualkan, membuatkan sejumlah ciri-ciri yang diumumkan sebelum ini masih tidak dilancarkan walaupun telah melangkaui setahun.
Ini sekali gus membuatkan Apple kelihatan tercicir dalam arena kecerdasan buatan, berbanding pesaing yang lain.
Untuk tujuan berkenaan, Apple sedang menstruktur semula pelbagai perkara. Mengikut laporan, Apple akan membuat keputusan akhir sama ada menggunakan model yang dibangunkan sendiri atau menggunakan model pihak ketiga untuk menguasakan Siri.
Siri sebelum ini sedia melakukan beberapa perkara asas sahaja, walaupun dibandingkan dengan Google Assistant.
Dengan integrasi kecerdasan buatan dan pengenalan Google Gemini, ia lebih jauh ketinggalan berbanding yang lain.
Selain menggunakan model Google, Apple juga turut dikatakan telah pertimbangkan menggunakan model OpenAI atau Anthropic untuk menguasakan Siri baharu mereka. -Amanz
Ringkasan AI
- Apple sedang berbincang dengan Google untuk menggunakan model AI seperti Gemini bagi menguasakan Siri baharu yang dijangka dilancar pada 2026.
- Siri kini ketinggalan jauh berbanding pesaing kerana kelewatan pelaksanaan Apple Intelligence dan ciri AI yang diumumkan sebelum ini.
- Apple turut mempertimbangkan model pihak ketiga lain seperti OpenAI dan Anthropic, sambil menstruktur semula strategi AI untuk kembali bersaing.